Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
15 kek untuk rumah kebajikan, anak yatim
Published on: Wednesday, June 18, 2025
Published on: Wed, Jun 18, 2025
Text Size:
Text:
15 kek untuk rumah kebajikan, anak yatim
MUSA (kedua kiri) gembira melihat persembahan kek bertemakan Roll Royce Ghost.
Kota Kinabalu: Sebanyak 15 biji kek bersempena sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Ke-74 Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman diagihkan kepada rumah-rumah kebajikan dan anak yatim.

Dalam ucapan ringkasnya, Tun Musa berkata, agihan itu bagi memastikan sambutan ulang tahun itu dapat dinikmati oleh pelbagai lapisan masyarakat.

Advertisement
Antara kek yang menarik perhatian ialah kek bertemakan kereta Rolls Royce Ghost berwarna Midnight Blue bercampur coklat emas sumbangan Sutera Harbour Resort yang dihasilkan oleh Chef Pastri, Kee Roesdyen bersama empat pembantunya.

“Kek jenis chocolate moist seberat 30kg dengan tambahan fondant 20 kilogram itu disiapkan dalam tempoh empat hari,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Selain itu, Shangri-La Rasa Ria Resort mempersembahkan kek berinspirasikan replika Masjid Beaufort dan corak tradisional Linangkit dari Tuaran berperisa buttercream seberat 50 kg serta disiapkan dalam tempoh lima hari. 

Sementara itu, Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) menampilkan kek bertemakan Masjid Bandaraya sempena bulan Zulhijjah yang mempamerkan keunikan reka bentuknya dan turut dikenali sebagai Masjid Terapung kerana lokasinya di atas air, hasil karya Chef De Partie Martha Edward Santani bersama tiga pembantu.

Advertisement
Tidak ketinggalan, Hyatt Regency Kinabalu juga mempersembahkan kek replika ikan todak yang menjadi mercu bulatan berhampiran hotel terkemuka tersebut.

Kek berperisa carrot, walnut dan kurma seberat 20kg yang disiapkan oleh Pastri Chef, Awang Mohd Yusrinizam dalam tempoh tujuh hari dengan bantuan empat pembantu.

Advertisement
Turut mempersembahkan kek ialah Markas Divisyen Kelima Infantri, Tentera Laut Diraja Malaysia, Hotel Le Meridien, Hotel Horizon, Nexus Resort and Spa Karambunai, Hotel Promenade, Ming Garden, Dreamtel Kota Kinabalu, The Palace Hotel, Sabah Oriental Hotel dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sabah.

Hadir sama, Panglima Divisyen Kelima Infantri Mejar Jeneral Datuk Noorrul Azril Ariffin, Panglima Armada Timur Pangkalan TLDM Kota Kinabalu Mohd Norizal Fahrudin dan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here