Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Reka bentuk lemah pintu air burukkan banjir di Membakut
Published on: Wednesday, June 18, 2025
Published on: Wed, Jun 18, 2025
By: Ahmad Apong
Text Size:
Text:
Reka bentuk lemah pintu air burukkan banjir di Membakut
SALAH satu pintu air di Kg Bandau.
MEMBAKUT: Pertubuhan Rumpun Etnik Sabah (Presbah) menggesa Pengarah Jabatan Keretapi Negeri Sabah agar turun padang meninjau sendiri keadaan pintu air yang dibina di Kampung Bandau, yang didakwa lebih banyak membawa mudarat berbanding manfaat.

Presiden Presbah, Yahya Ahmad, berkata struktur pintu air yang dibina kontraktor itu memburukkan lagi keadaan banjir di kawasan berkenaan, bukannya menyelesaikannya.

Advertisement
“Reka bentuknya tidak sesuai. Tapak pintu air tersebut lebih tinggi daripada aras jalan berhampiran dan sistem perparitan JKR. Apabila hujan lebat, air melimpah masuk ke dalam pintu air, mengalir ke dalam parit yang sudah penuh dan seterusnya membanjiri jalan, rumah dan kebun berhampiran,” katanya.

Yahya menegaskan projek itu tidak diselaraskan dengan agensi berkaitan seperti Jabatan Kerja Raya (JKR) serta Jabatan Pengairan dan Saliran, walaupun landasan kereta api berada berhampiran sistem perparitan sedia ada.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Membakut masih berdepan masalah banjir yang belum selesai. Pintu air yang direka tanpa kajian rapi ini hanya menjadi terowong konkrit yang membawa lebih banyak kerosakan,” katanya.

Beliau berkata air dari pintu air sepatutnya mengalir ke dalam sistem saliran yang betul, bukannya melimpah ke kawasan yang sudah dikenal pasti berisiko.

Advertisement
“Semasa cuaca kering memang nampak tidak ada masalah, tetapi bila hujan lebat turun, barulah kita nampak kesan sebenar akibat perancangan yang tidak teliti ini,” katanya.

Yahya berkata beliau telah menghubungi jurutera JKR Beaufort yang mengesahkan projek berkenaan tidak dibincangkan bersama JKR. Surat juga telah dihantar kepada Jabatan Keretapi tetapi belum mendapat maklum balas. Usaha menghubungi pegawai projek juga tidak berjaya.

Advertisement
“Kami akan terus memantau perkembangan ini,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here