KALI kedua datang ke Sabah, kumpulan rock popular Indonesia Kotak menggunakan peluang itu untuk memberikan penghargaan kepada peminat mereka di negeri ini pada Konsert 2 Dekade Kotak X Ello di Kota Kinabalu, hujung minggu lalu.
Band yang dianggotai Tantri Syalindri Ichlasari atau lebih dikenali sebagai Tantri, Swasti Sabdastantri (Chua) dan Mario Marcella (Cella) itu mendendangkan lagu Original Sabahan dengan rendisi tersendiri apabila menggabungkannya dengan muzik yang sinonim dengan identiti mereka.
Bahkan, vokalis utama Tantri juga menyanyikan lirik satu bahagian ‘reff’ lagu popular mereka Pelan-Pelan Saja dalam bahasa Kadazandusun.
Apa yang mengagumkan, penyanyi dengan vokal ‘ampuh’ itu langsung tidak kekok menyanyikan lirik dalam bahasa Kadazandusun, malah sebutannya juga cukup baik.
Advertisement





