Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Rasuah perlombongan mineral: Tiga termasuk dua ADUN Sabah akan didakwa bulan ini
Published on: Wednesday, June 18, 2025
Published on: Wed, Jun 18, 2025
By: Bernama
Text Size:
Text:
Rasuah perlombongan mineral: Tiga termasuk dua ADUN Sabah akan didakwa bulan ini
Azam Baki berkata kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Teknologi, Pengurusan dan Kelestarian (ICTMS 2025) anjuran Institut Penyelidikan Perakaunan (ARI), Universiti Teknologi MARA di sini hari ini.
Kota Kinabalu: Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah dan seorang lagi individu dijangka dihadapkan ke mahkamah bulan ini berhubung skandal rasuah berkaitan lesen perlombongan mineral di negeri ini.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya dalam proses melengkapkan siasatan dengan ketiga-tiga individu berkenaan dipanggil merakamkan percakapan.

Advertisement
“Mereka akan didakwa di mahkamah pada bulan ini, mungkin hujung bulan... kita (SPRM) sedang mendapatkan tarikh daripada mahkamah,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Teknologi, Pengurusan dan Kelestarian (ICTMS 2025) anjuran Institut Penyelidikan Perakaunan (ARI), Universiti Teknologi MARA di sini hari ini.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Ditanya mengenai ketulenan video yang tular berkaitan skandal terbabit, Azam berkata siasatan SPRM tidak hanya bergantung kepada bukti video semata-mata.

“Perkara itu tidak boleh diulas lanjut kerana ia boleh menjadi subjudis. Bukti akan diserahkan kepada pihak pendakwa raya untuk penilaian dan dibawa ke mahkamah sekiranya perlu,“ katanya.

Advertisement
Beliau berkata siasatan suruhanjaya itu turut mengambil kira pelbagai bentuk keterangan termasuk daripada individu yang terlibat untuk mengesahkan ketulenan sebarang bukti audio visual.

Sebelum ini tular beberapa rakaman video yang didakwa perbualan berkaitan rasuah antara individu tertentu dan beberapa wakil rakyat Sabah berhubung isu perlombongan mineral di negeri itu.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here