Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Rasuah perlombongan: Tiga termasuk dua Adun Sabah akan didakwa
Published on: Thursday, June 19, 2025
Published on: Thu, Jun 19, 2025
By: Sherell Jeffrey
Text Size:
Text:
Rasuah perlombongan: Tiga termasuk dua Adun Sabah akan didakwa
Azam memberi jaminan bahawa analisis forensik digital SPRM telah dilakukan secara menyeluruh, namun enggan mengulas mengenai ketulenan video-video tersebut kerana perkara itu kini subjudis.
Kota Kinabalu: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki, berkata dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sabah dan seorang individu awam sedang dalam proses untuk didakwa berhubung kes rasuah perlombongan di Sabah.

“Mereka akan didakwa di mahkamah bulan ini, mungkin hujung bulan,” katanya, namun enggan mendedahkan tarikh tepat kerana tertakluk kepada jadual mahkamah.

Advertisement
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Teknologi, Pengurusan dan Kelestarian (ICTMS 2025) di UiTM Sabah, pada Rabu.

Kes berkenaan melibatkan dakwaan rasuah berkaitan pemberian lesen perlombongan mineral di Sabah, dengan rakaman video tular yang didakwa merakam perbualan antara individu tertentu dan beberapa wakil rakyat negeri.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Azam memberi jaminan bahawa analisis forensik digital SPRM telah dilakukan secara menyeluruh, namun enggan mengulas mengenai ketulenan video-video tersebut kerana perkara itu kini subjudis.

“Semasa kami menyiasat, kami bukan hanya bergantung pada ketulenan bukti tersebut, tetapi juga bergantung kepada bukti lain,” katanya sambil menegaskan bahawa keterangan saksi manusia tetap penting di samping bukti digital.

Advertisement
Dua individu yang ditahan bergelar “Datuk” dan didakwa meminta serta menerima rasuah berjumlah kira-kira RM200,000 berhubung pengeluaran lesen cari gali.

Kedua-dua suspek lelaki itu, berusia lingkungan 30-an dan 60-an, masing-masing ditahan pada jam 9.45 pagi dan 11.50 pagi Rabu, ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Sabah dan Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.

Advertisement
“Ahli perniagaan dan Adun itu dipercayai melakukan kesalahan tersebut antara 2023 hingga 2024.

“Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek didakwa meminta dan menerima rasuah sekitar RM200,000 antara satu sama lain sebagai balasan untuk meluluskan permohonan lesen cari gali di negeri ini,” kata satu sumber.

Kes disiasat di bawah Seksyen 16(b)(A) Akta SPRM 2009.

Ahli perniagaan tersebut telah dilepaskan dengan jaminan RM100,000 (deposit RM10,000) bersama dua penjamin selepas keterangannya dirakam.

Manakala Adun berkenaan turut dilepaskan dengan jaminan RM50,000 berserta seorang penjamin selepas memberi keterangan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here