Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Sabah FC ikat 3 pemain import
Published on: Thursday, June 19, 2025
Published on: Thu, Jun 19, 2025
By: Bernama
Text Size:
Text:
Sabah FC ikat 3 pemain import
Dari kiri: Dane, Dean dan Ajdin.
Kota Kinabalu: Sabah FC terus memperkemas persiapan menjelang saingan Liga Malaysia musim depan apabila membawa masuk tiga pemain import baharu termasuk pemain kebangsaan New Zealand, Dane Ingham.

Pemain pertahanan berusia 26 tahun itu memiliki 11 kaps bersama skuad All Whites dan sebelum ini beraksi bersama kelab A-League (Australia), Newcastle Jets.

Advertisement
“Walaupun cuaca panas dan lembap semasa sesi latihan, ia tetap menyeronokkan. Saya yakin akan serasi bersama rakan sepasukan dan berharap kami mampu meraih kejayaan bersama,” katanya menerusi perkongsian di Facebook rasmi Sabah FC.

Turut menyertai pasukan ialah pemain tengah kelahiran Australia, Dean Pelekanos, 24, yang sebelum ini bersama kelab Western Sydney Wanderers.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Saya berpeluh habis, kelembapan cuaca seperti yang dikatakan sebelum ini. Namun, kualiti latihan sangat baik dan saya gembira kerana rakan sepasukan menyambut baik kehadiran saya,” katanya.

Seorang lagi pemain import baharu ialah penyerang dari Bosnia, Ajdin Mujagic, 27, yang tampil cemerlang bersama kelab NK BSK Bijelo Brdo di liga divisyen dua Croatia dengan rekod 15 gol musim lalu.

Advertisement
Dalam pada itu, skuad Badak turut mengumumkan kepulangan semula dua pemain tempatan – Badrul Affendy dan Maxsius Musa.

Badrul, pemain pertahanan kelahiran Penampang, kembali selepas semusim bersama PDRM FC, manakala Maxsius, penyerang lincah dari Keningau, menyarung semula jersi Sabah selepas kali terakhir beraksi pada 2023.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here