Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
187 PTI ditahan di Inanam, Luyang dan Telipok
Published on: Thursday, June 19, 2025
Published on: Thu, Jun 19, 2025
By: Azmie Lim
Text Size:
Text:
187 PTI ditahan di Inanam, Luyang dan Telipok
Sebahagian PTI yang ditahan.
Kota Kinabalu: Seramai 187 pendatang asing tanpa izin (PTI) ditahan dalam tiga operasi berasingan yang dijalankan oleh Jabatan Imigresen Sabah pada Rabu.

Operasi tersebut dijalankan secara serentak di dua kawasan setinggan dan sebuah tapak pembinaan di Inanam, Luyang dan Telipok.

Advertisement
Pengarah Imigresen Sabah, Datuk SH Sitti Saleha Habib Yusoff, berkata operasi bermula jam 1 pagi itu melibatkan seramai 108 pegawai dan anggota penguat kuasa.

Menurutnya, seramai 260 individu diperiksa, dan 187 daripada mereka ditahan atas kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Mereka yang ditahan terdiri daripada 41 lelaki, 43 wanita, 56 kanak-kanak lelaki dan 46 kanak-kanak perempuan warga Filipina serta seorang warga Indonesia,” katanya dalam satu kenyataan.

Sitti berkata, semua yang ditahan dibawa ke Pejabat Bahagian Penguatkuasaan Imigresen Kota Kinabalu bagi tujuan dokumentasi dan siasatan lanjut di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

Advertisement
Menurutnya lagi, pihaknya melaksanakan sebanyak 765 operasi sepanjang tahun ini, dengan 15,092 individu diperiksa, 2,777 PTI ditahan dan 6,290 individu dihantar pulang ke negara asal masing-masing.

Beliau menyeru orang awam supaya menyalurkan maklumat berkaitan PATI kepada jabatan itu untuk tindakan segera.

Advertisement
Orang ramai, khususnya majikan, juga diingatkan agar tidak melindungi atau menggaji PTI, kerana tindakan undang-undang akan diambil terhadap mereka.

“Kami akan terus melaksanakan operasi penguatkuasaan bagi mengesan, menangkap, mendakwa dan menghantar pulang PTI,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here