Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Lelaki ditahan ceroboh hutan bakau di Lahad Datu
Published on: Thursday, June 19, 2025
Published on: Thu, Jun 19, 2025
By: Azmie Lim
Text Size:
Text:
Lelaki ditahan ceroboh hutan bakau di Lahad Datu
Sebuah rumah dan struktur bangunan untuk sarang burung walit turut dibina di kawasan tersebut tanpa kebenaran.
LAHAD DATU: Seorang lelaki tempatan berusia 59 tahun ditahan kerana disyaki menceroboh ke kawasan hutan simpan di sini, Selasa, semasa Op Bakar yang dijalankan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) bersama Jabatan Perhutanan.

Pengarah Zon Maritim Lahad Datu, Komander Maritim Dzulfikhar, berkata mereka mendapati kira-kira lima ekar kawasan diceroboh dan dibuka secara haram.

Advertisement
Antara aktiviti yang dilakukan termasuk penebangan pokok bakau, pembakaran terbuka serta penanaman pokok kelapa sawit, buah-buahan dan sayur-sayuran.

“Sebuah rumah dan struktur bangunan untuk sarang burung walit turut dibina di kawasan tersebut tanpa kebenaran.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Lelaki berkenaan disyaki melakukan kesalahan di bawah Enakmen Hutan 1968 dan diserahkan kepada Jabatan Perhutanan untuk siasatan lanjut,” katanya.

Menurut Dzulfikhar, pelaksanaan operasi bersepadu seperti Op Bakar merupakan langkah penting dalam memastikan kawasan hutan simpan, pesisir pantai dan perairan negara kekal terlindung daripada sebarang pencerobohan.

Advertisement
“Pendekatan kolaboratif ini bukan sahaja bertujuan melindungi ekosistem semula jadi, tetapi juga menjamin keselamatan dan kesejahteraan perairan negara,” katanya.

Beliau menambah, Zon Maritim Lahad Datu akan terus memperkukuh kerjasama strategik dengan agensi penguatkuasaan lain dalam usaha memperhebat kawalan keselamatan dan penguatkuasaan.

Advertisement
Orang ramai diminta menyalurkan sebarang maklumat kepada Zon Maritim Lahad Datu melalui WhatsApp pada 016-9305727 atau talian kecemasan 999.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here