Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
GRS perlu terus perkukuh kerjasama: Dr Joachim
Published on: Thursday, June 19, 2025
Published on: Thu, Jun 19, 2025
Text Size:
Text:
GRS perlu terus perkukuh kerjasama: Dr Joachim
DR Joachim (tengah), Julita serta semua yang hadir dalam Mesyuarat Tahunan PBS itu bergambar kenangan bersama.
KUDAT: Pemangku Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam menggesa semua parti dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) agar terus memperkukuh kerjasama bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Beliau menegaskan bahawa kerjasama erat antara PBS dan Parti Solidariti Tanah Airku (StarSabah) bukan bertujuan menggugat kedudukan GRS, sebaliknya memperkukuhkan gabungan itu demi kemenangan bersama.

Advertisement
“Untuk menghadapi PRN, kita kena bersatu di bawah GRS,” katanya pada Mesyuarat Agung Tahunan PBS Matunggong di Dewan Terbuka Pekan Matunggong. 

Dr Joachim, yang juga Timbalan Ketua Menteri II, berkata Kerajaan GRS adalah kerajaan prihatin terhadap masalah rakyat dengan pelbagai bantuan disalurkan, termasuk kepada rakyat Matunggong seperti Program Rumah Mesra SMJ, Sentuhan Kasih Rakyat (Syukur) dan Skim Insurans Rakyat Sabah, inisiatif pendidikan, projek pembinaan dan naik taraf jalan kampung serta program pertanian. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Dengan itu, saya menyeru semua ahli PBS agar bersatu padu serta mengelakkan perpecahan demi memastikan kemenangan calon GRS di Matunggong,” katanya.

Turut hadir dalam mesyuarat itu ialah Naib Presiden merangkap Ketua Pergerakan Exco Pemuda, Dr Christoper Mandut; barisan Ahli Majlis Tertinggi, Ketua-ketua Bahagian serta wakil daripada parti-parti dalam GRS dan pemimpin setempat. 

Advertisement
Dr Joachim, yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, mengucapkan tahniah kepada Ketua Bahagian PBS Matunggong, Datuk Julita Majungki dan Pengerusi Penganjur Majlis merangkap Setiausaha Bahagian, Epson Kawahui, atas kejayaan menganjurkan mesyuarat tersebut yang dihadiri lebih 1,000 ahli serta pemerhati daripada parti-parti komponen GRS.

Katanya, PBS akan mewakili GRS di Matunggung dan beliau menyatakan sokongan penuh kepada Julita sebagai calon GRS bagi kerusi DUN Matunggong, dan menyeru semua ahli untuk memastikan kemenangan beliau.

Advertisement
“Saya juga berharap keahlian PBS di Matunggong akan terus bertambah,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here