Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Sabah, China terus perkukuh hubungan strategik: Ketua Menteri
Published on: Thursday, June 19, 2025
Published on: Thu, Jun 19, 2025
Text Size:
Text:
Sabah, China terus perkukuh hubungan strategik: Ketua Menteri
HAJIJI (tengah) menunjukkan cenderamata daripada Dr Zhu (kedua, kiri) semasa kunjungan hormat itu.
Kota Kinabalu: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor yakin hubungan strategik antara Sabah dan Republik Rakyat China akan terus diperkukuh menerusi hubungan diplomatik serta pelbagai inisiatif pembangunan bersama.

Ketua Menteri berkata demikian semasa menerima kunjungan hormat Konsul Jeneral Republik Rakyat China di Kota Kinabalu yang baharu, Dr Zhu Xinglong di Menara Kinabalu, pada Rabu.

Advertisement
Dalam pertemuan itu, Hajiji mengucapkan tahniah atas pelantikan Dr Zhu dan mengalu-alukannya bertugas di Sabah.

“Saya percaya kehadiran Dr Zhu akan memberi lonjakan baharu kepada kerjasama dua hala yang telah lama terjalin antara Sabah dan China, terutamanya dalam sektor pelaburan, perdagangan, pelancongan, pendidikan dan lain-lain,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Hajiji turut menekankan komitmen Kerajaan Negeri dalam menyediakan persekitaran pelaburan yang kondusif dan mesra pelabur bagi menarik lebih banyak syarikat China untuk melabur di Sabah, khususnya di kawasan perindustrian strategik.

Kunjungan sulung itu merupakan lawatan pengenalan Dr Zhu sejak dilantik sebagai Konsul Jeneral Republik Rakyat China di Kota Kinabalu, menggantikan penyandang terdahulu, Dr Huang Shifang.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here