Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Infrastruktur 4G jana pendapatan wanita Pulau Berhala
Published on: Thursday, June 19, 2025
Published on: Thu, Jun 19, 2025
By: Winnie Kasmir
Text Size:
Text:
Infrastruktur 4G jana pendapatan wanita Pulau Berhala
TEO (duduk tengah) menyantuni wanita-wanita Pulau Berhala.
SANDAKAN: Golongan wanita di Pulau Berhala kini mampu melangkah lebih jauh dalam bidang keusahawanan menerusi kemudahan liputan 4G stabil.

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata infrastruktur berkenaan sekali gus membuka ruang kepada wanita di pulau itu untuk memasarkan hasil jahitan ke seluruh negara.

Advertisement
“Kita dapat lihat sendiri bagaimana mereka diajar menggunakan mesin jahit dan menghasilkan produk sendiri. Ini satu usaha yang sangat bagus. 

“Saya juga gembira kerana liputan 4G di Pulau Berhala sangat baik. Ini satu peluang besar untuk wanita-wanita di sini menjadi usahawan,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata demikian sejurus melawat pusat komuniti wanita di Pulau Berhala pada Selasa.

Dalam pada itu, Teo memuji inisiatif kelas jahitan di bawah anjuran Ahli Parlimen Sandakan Vivian Wong yang dilihat merupakan langkah penting dalam memperkasakan ekonomi wanita luar bandar.

Advertisement
“Saya akan bincangkan dengan YB Vivian untuk kita jemput platform e-dagang seperti Shopee, Lazada atau TikTok Shop untuk mengadakan kelas khas kepada wanita-wanita di sini sekiranya ia bersesuaian,” ujarnya.

Sementara itu Vivian menyatakan usaha itu adalah  sebahagian daripada inisiatif berterusan selama dua tahun untuk memastikan golongan wanita di Pulau Berhala mampu menjana pendapatan sendiri.

Advertisement
“Setiap minggu kami akan hantar guru untuk mengajar mereka kemahiran jahitan dan kini semua peserta sudah memiliki keyakinan dan hasilnya boleh dijual. 

“Bagaimana cabaran ketika ini ialah kita perlu ada stok yang mencukupi dan berterusan untuk memenuhi permintaan,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here