Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Shafie nafi tuduhan lupus hutang RM178 juta syarikat kroni
Published on: Thursday, June 19, 2025
Published on: Thu, Jun 19, 2025
By: FMT Reporters
Text Size:
Text:
Shafie nafi tuduhan lupus hutang RM178 juta syarikat kroni
Shafie mengulas laporan sebuah portal tempatan Sabah yang mendakwa beliau meluluskan pelupusan hutang sebuah syarikat yang didakwa kroni kepadanya. - FOTO Facebook.
PETALING JAYA: Presiden Warisan Mohd Shafie Apdal menafikan dakwaan beliau melupuskan pinjaman tidak berbayar (NPL) RM178 juta kepada sebuah syarikat semasa mengetuai pentadbiran Sabah.

Adun Senallang itu dalam kenyataan menegaskan tiada satu NPL yang dilupuskan sepanjang beliau menjadi ketua menteri dan pengerusi Lembaga Pengarah Sabah Development Bank (SDB) dari Mei 2018 hingga September 2020.

Advertisement
Menurutnya, setiap keputusan kewangan tertakluk kepada proses dalaman bank serta penilaian kredit yang ketat dan beliau juga tidak campur tangan dalam urusan harian atau keputusan pinjaman khusus di SDB.

“Tuduhan saya melindungi kroni atau memberi layanan istimewa kepada peminjam yang mempunyai hubungan politik adalah satu pembohongan. Saya tidak pernah campur tangan dalam kelulusan pinjaman atau urusan kewangan bank.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Justeru dakwaan kononnya saya ‘melupuskan pinjaman RM178 juta kepada CASH Bhd’ adalah satu pemutarbelitan fakta disengajakan,” katanya sambil menegaskan akan mengambil tindakan terhadap pihak menyebarkan fitnah itu.

Shafie mengulas laporan sebuah portal tempatan Sabah yang mendakwa beliau meluluskan pelupusan hutang sebuah syarikat yang didakwa kroni kepadanya.

Advertisement
Ahli Semporna itu turut mempersoalkan mengapa pendedahan itu dibuat sekarang sedangkan perkara terbabit didakwa sudah lama berlaku.

“Saya tidak takut disiasat secara bebas dan telus. Namun saya tidak akan berdiam diri apabila pembohongan terus diulang dan dijaja demi kepentingan politik.

Advertisement
“Saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang terus menyebarkan fitnah dan mencemarkan nama baik saya,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here