Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Google bantu Bukit Aman berkas pelajar ‘U’ muat turun 5,000 bahan seksual budak
Published on: Thursday, June 19, 2025
Published on: Thu, Jun 19, 2025
By: FMT Reporters
Text Size:
Text:
Google bantu Bukit Aman berkas pelajar ‘U’ muat turun 5,000 bahan seksual budak
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-kanak, Siti Kamsiah Hassan, berkata suspek ditangkap di Gudang, Johor, atas maklumat hasil kerjasama dengan Google.
PETALING JAYA:  Pelajar universiti memiliki 5,000 bahan penderaan seksual kanak-kanak (CSAM) serta bahan lucah dewasa berjaya diberkas dalam operasi Bukit Aman dengan kerjasama Google.

Dalam operasi Op Pedo, suspek berusia 20 tahun ada menghasilkan bahan lucah melibatkan dua mangsa kanak-kanak, yang juga sepupunya masing-masing berusia empat dan sembilan tahun.

Advertisement
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-kanak (D11), Siti Kamsiah Hassan, berkata suspek ditangkap di Gudang, Johor, atas maklumat hasil kerjasama dengan pihak Google, pada 4 petang 29 April lalu, selain dibantu Unit Malaysia Internet Crime Against Children (Micac), Bahagian D11 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), dan IPK Johor.

Katanya, 5,000 CSAM dan bahan lucah dewasa dalam peranti milik suspek dipercayai dimuat turun dari internet.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Tangkapan dan rampasan telefon bimbit serta komputer riba dijalankan mengikut Seksyen 10 Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan.

“Hasil siasatan lanjut mendapati suspek mengeksploitasi secara seksual dua kanak-kanak berusia empat dan sembilan tahun yang merupakan sepupu kepadanya dan merakam perbuatan itu menggunakan telefon bimbit dalam beberapa kejadian di tiga lokasi berbeza di Kontinjen Selangor, Pahang, dan Kelantan,” katanya kepada Harian Metro.

Advertisement
Kamsiah berkata, tiga lagi kertas siasatan berasingan dibuka bagi menjalankan siasatan di kontinjen berkaitan.

“Bagi kes memiliki CSAM dan bahan lucah, suspek sudah dituduh di Johor pada 22 Mei lalu dan mengaku salah serta sudah membayar denda RM5,000.”

Advertisement
Bagi kesalahan merakam perbuatan bersama kanak-kanak di kediaman keluarga suspek di Sungai Buloh antara 2023 hingga 2025, suspek dituduh hari ini di Klang, katanya.

Beliau berkata, bagi siasatan membabitkan kejadian merakam perbuatan memandikan kanak-kanak di sebuah tandas di ladang itik kebuh sawit di Maran, Pahang pula masih dalam kajian pihak timbalan pendakwa raya.

“Bagi kejadian di Kelantan pula yang berlaku tahun lalu dan tahun ini bertempat di rumah nenek suspek, siasatan juga masih dalam kejadian pihak peguam negara,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here