Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Shafie nafi terlibat keputusan pinjaman Sabah Development Bank
Published on: Friday, June 20, 2025
Published on: Fri, Jun 20, 2025
Text Size:
Text:
Shafie nafi terlibat keputusan pinjaman Sabah Development Bank
Shafie menegaskan tiada satu pun NPL yang dilupuskan ketika beliau menerajui pentadbiran negeri dan semua keputusan kewangan di SDB dibuat mengikut prosedur dalaman dan penilaian kredit yang ketat.
Kota Kinabalu: Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, menafikan sekeras-kerasnya dakwaan kononnya beliau terlibat dalam pelupusan pinjaman tidak berbayar (NPL) berjumlah RM178 juta semasa menjadi Ketua Menteri Sabah dan Pengerusi Lembaga Pengarah Sabah Development Bank (SDB).

Beliau menyifatkan tuduhan yang disebarkan menerusi satu portal dalam talian itu sebagai berniat jahat, tidak berasas dan merupakan sebahagian daripada serangan politik yang dirancang.

Advertisement
“Saya menafikan secara mutlak tuduhan jahat dan tidak berasas yang mengaitkan saya dengan penghapusan pinjaman tidak berbayar semasa tempoh saya memegang jawatan.

“Tuduhan ini adalah pembohongan semata-mata yang sengaja direka untuk mengelirukan rakyat dan merosakkan reputasi saya,” katanya dalam satu kenyataan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Shafie menegaskan tiada satu pun NPL yang dilupuskan ketika beliau menerajui pentadbiran negeri dan semua keputusan kewangan di SDB dibuat mengikut prosedur dalaman dan penilaian kredit yang ketat.

“Sebagai Ketua Menteri, saya tidak campur tangan dalam urusan harian perbankan atau kelulusan pinjaman tertentu. Institusi awam mesti dikendalikan secara profesional tanpa pengaruh politik,” katanya.

Advertisement
Shafie turut menolak tuduhan kononnya beliau melindungi kroni atau memberi keistimewaan kepada peminjam berkepentingan politik.

“Dakwaan bahawa saya melupuskan pinjaman RM178 juta kepada CASH Bhd adalah satu pemutarbelitan fakta yang disengajakan. Saya tidak pernah campur tangan dalam kelulusan pinjaman atau urusan kewangan SDB,” tegasnya.

Advertisement
Shafie berkata pentadbirannya ketika itu malah mengambil langkah proaktif untuk memulihkan pinjaman bermasalah dan bukan menyembunyikannya.

“Melupuskan pinjaman tidak berbayar secara sembarangan adalah satu perbuatan tidak bertanggungjawab dan mengkhianati kepercayaan rakyat. Mereka yang selama ini mengaut keutungan daripada pinjaman berunsur kronisme pada masa lalu kini cuba memesongkan kebenaran untuk lari daripada tanggungjawab,” katanya.

Beliau turut mempersoalkan motif dan masa dakwaan itu kembali dibangkitkan, sambil menyindir kegagalan kerajaan sekarang menjalankan audit forensik atau membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sepanjang hampir lima tahun berkuasa.

Shafie menegaskan beliau tidak mempunyai apa-apa untuk disembunyikan dan bersedia untuk disiasat secara telus, namun akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang terus menyebarkan tuduhan itu.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here