Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Penunggang motor maut dirempuh lori di Kelawat
Published on: Friday, June 20, 2025
Published on: Fri, Jun 20, 2025
By: R Gonzales
Text Size:
Text:
Penunggang motor maut dirempuh lori di Kelawat
KEADAAN kenderaan di lokasi kemalangan.
KOTA BELUD: Seorang penunggang motosikal maut dirempuh sebuah lori 10 tan dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Kota Belud-Tuaran, Bukit Kelawat di sini, pagi Khamis.

Nahas jam 7.10 pagi itu, mangsa lelaki berusia 44 tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah. 

Advertisement
Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Shahrudin Mat Husain berkata, kemalangan melibatkan lori tersebut, sebuah pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dan motosikal mangsa.

“Siasatan mendapati lori yang dipandu seorang lelaki berusia 51 tahun hilang kawalan ketika sedang menuruni Bukit Kelawat. Lori berkenaan terlanggar kenderaan Toyota Hilux yang dipandu lelaki berusia 35 tahun dan seterusnya merempuh motosikal mangsa,” katanya dalam kenyataan media, Khamis.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Menurutnya, pemandu lori dan Toyota Hilux tidak mengalami sebarang kecederaan. 

“Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Kota Belud untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Advertisement
Sehubungan itu, Shahrudin menasihatkan pengguna jalan raya agar sentiasa berhati-hati ketika memandu dan mematuhi undang-undang jalan raya selain memastikan kenderaan dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here