Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Penting perluas capaian digital
Published on: Friday, June 20, 2025
Published on: Fri, Jun 20, 2025
Text Size:
Text:
Penting perluas capaian digital
HAJIJI menerima cenderamata daripada Gobind semasa kunjungan hormat itu.
Kota Kinabalu: Kerajaan Negeri amat menekankan kepentingan memperluas capaian digital kepada semua lapisan masyarakat, termasuk di kawasan luar bandar dan dengan sokongan Kerajaan Persekutuan, usaha ini diyakini dapat dipercepatkan.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata demikian semasa menerima kunjungan hormat daripada Menteri Digital Malaysia, Gobind Singh Deo di pejabatnya di Menara Kinabalu, pada Khamis.

Advertisement
Katanya, transformasi digital adalah antara komponen utama dalam pelan pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ), khususnya bagi merangsang pertumbuhan ekonomi berasaskan teknologi serta meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam.

Kunjungan itu merupakan sebahagian daripada lawatan kerja rasmi Gobind ke Sabah, termasuk menghadiri Mesyuarat Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat (MED4IR) Negeri.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Hajiji menyambut baik kunjungan tersebut dan menzahirkan penghargaan kepada Gobind Singh atas komitmen berterusan Kerajaan Persekutuan dalam menyokong agenda digital negeri.

Turut hadir dalam pertemuan itu ialah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr Safar Untong, Setiausaha Tetap Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Datuk Mohd Hanafiah Mohd Kassim dan pegawai kanan Kementerian Digital Malaysia.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here