PERSATUAN Filem dan Visual Sabah (Safva) mengambil langkah proaktif bagi memperkukuh ekosistem industri perfileman di negeri ini menerusi pelantikan panel penasihat undang-undang untuk persatuan itu.
Presiden Safva Chester Pang berkata ia merupakan usaha serius persatuan itu untuk menegakkan hak, kebajikan serta kepentingan penggiat filem selain membantu memangkin pertumbuhan industri kreatif di Sabah.
“Dengan adanya penasihat undang-undang dalam persatuan, ia akan mengukuhkan kedudukan kami, terutama dari segi pemahaman terhadap isu-isu perundangan seperti ketirisan kontrak, ketidakadilan bayaran serta hak harta intelek (IP).
“Untuk menaik taraf industri perfileman Sabah, kita perlu bersedia dari pelbagai sudut dan dokumentasi yang kukuh adalah langkah awal. Ini termasuk pemahaman tentang yuran guaman dan aspek perundangan yang sebelum ini jarang diberi perhatian.
Advertisement





