Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Lima individu miliki dadah dijatuhkan hukuman penjara 
Published on: Friday, June 20, 2025
Published on: Fri, Jun 20, 2025
By: Mardinah Jikur
Text Size:
Text:
Lima individu miliki dadah dijatuhkan hukuman penjara 
Karim dihukum penjara 10 tahun dan 10 sebatan kerana memiliki 46.82 gram syabu pada jam 3.30 petang 17 April 2024 di sebuah jeti di Jambatan 6 Laut, Kampung Tinusa 2.
SANDAKAN: Lima individu termasuk seorang wanita dijatuhi hukuman penjara antara enam hingga 10 tahun kerana memiliki dadah.

Mereka ialah Karim Murpi, 31; Hussin Amirul, 52; Mohd Faiz Asis, 35; Jesika Caralde, 22; dan William Jauming, 32.

Advertisement
Kesemua mereka mengaku bersalah secara berasingan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Zaini Fishir @ Fisal pada Khamis.

Karim dihukum penjara 10 tahun dan 10 sebatan kerana memiliki 46.82 gram syabu pada jam 3.30 petang 17 April 2024 di sebuah jeti di Jambatan 6 Laut, Kampung Tinusa 2.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Sementara itu Hussin yang tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri dijatuhi hukuman penjara 10 tahun kerana memiliki 40.63 gram syabu pada jam 11.00 malam 7 Oktober 2024 di tepi jalan di simpang Kampung Buang Sayang, Kinabatangan.

Mohd Faiz dan Jesika yang juga tidak mempunyai dokumen pengenalan diri masing-masing dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun. Tambahan 10 sebatan dikenakan ke atas Mohd Faiz kerana memiliki 34.2 gram syabu pada jam 9.50 malam 13 April 2023 di sebuah rumah di Sukau, Kinabatangan.

Advertisement
William pula dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan 10 sebatan kerana memiliki 34.29 gram syabu pada jam 10 malam 10 Jun 2024 di tepi jalan di Kampung Entilibon, Tongod, Kinabatangan.

Kesemua mereka diarahkan untuk menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkapan.

Advertisement
Karim, Hussin, Mohd Faiz dan Jesika turut diarahkan dirujuk ke Jabatan Imigresen selepas selesai menjalani hukuman penjara untuk tindakan lanjut.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Al-Hakim Abdul Razak mewakili pihak pendakwaan manakala kelima-lima tertuduh tidak diwakili peguam.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here