Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Saifuddin Nasution dahului senarai: 1,013 terima anugerah darjah kebesaran TYT
Published on: Saturday, June 21, 2025
Published on: Sat, Jun 21, 2025
By: Hayati Dzulkifli
Text Size:
Text:
Saifuddin Nasution dahului senarai: 1,013 terima anugerah darjah kebesaran TYT
Kota Kinabalu: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mendahului senarai 1,013 penerima anugerah, bintang dan pingat kehormatan sempena sambutan Hari Jadi Rasmi ke-74 Yang di-Pertua Negeri Tun Musa Aman.

Saifuddin dikurniakan anugerah tertinggi negeri, Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) yang membawa gelaran “Datuk Seri Panglima”. Tiga lagi yang akan menerimanya di Istana Seri Kinabalu hari ini (Sabtu) ialah Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Jahid Jahim, ahli perniagaan Datuk Lim Yu Ming dan Dato’ Ahmad Fuad Md Ali.

Advertisement
Seramai 76 lagi menerima anugerah Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) yang membawa gelaran “Datuk”. Mereka termasuk Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Persekutuan Khairul Firdaus Akbar Khan, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Senator Dr Fuziah Salleh, Adun Kapayan Jannie Lasimbang, Ahli Parlimen Labuan Dato’ Indera Suhaili Abdul Rahman, Hakim Mahkamah Tinggi Alexander Siew How Wai, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah Dr Maria Suleiman, Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Electricity Ir. Ts Mohd Yaakob Jaafar, Ketua Pegawai Eksekutif SMJ Energy Dr Dionysia Aloysius Kibat, bekas setiausaha akhbar Ketua Menteri Sabah Afeiza Khan, Pengerusi Taman-Taman Sabah Peter Lintar, Pengarah Taman-Taman Sabah Dr Maklarin Lakim, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Kemajuan Perhutanan Sabah (Safoda) Bahrul Razha Chuprat, Ketua Penerangan Wanita Gagasan Rakyat Sabah Senator Anna Bell @ Suzieana Perian, Adun Pantai Manis Mohd Tamin Zainal, Ketua Amanah Sabah Lahirul Latigu, Bendahari Wanita Umno Malaysia Maizatul Akmam Alawi, Presiden Persatuan Undang-undang Sabah (SLS) Mohamed Nazim Maduarin, bekas Pengerusi SLS Daniel Tan Jwee Peng, Pengarah Urusan Dreamfish Sdn Bhd Wong Tet On @ Angus dan wartawan veteran Emin Madi.

Tun Musa turut menganugerahkan gelaran Jaksa Pendamai (JP) kepada 10 penerima, antaranya Pengarah SPRM Sabah Datuk S. Karunanithy, ahli Majlis Daerah Penampang Alexander Hugo Malakun dan peguam Josephine Wan-Wen Hadikusumo, serta Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Mineral Management (SMM) Sdn Bhd Natasha Sim Nuo.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Tun Musa turut mengurniakan Ahli Darjah Kinabalu (ADK) kepada 181 penerima, Bintang Setia Kinabalu (BSK) kepada 248 penerima, Bintang Kinabalu (BK) kepada 285 penerima dan pingat Perkhidmatan Terpuji (SK) kepada 198 penerima.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here