Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Perhimpunan aman sokong Kerajaan Sabah hari ini, esok
Published on: Saturday, June 21, 2025
Published on: Sat, Jun 21, 2025
Text Size:
Text:
Perhimpunan aman sokong  Kerajaan Sabah hari ini, esok
Gammas turut menggesa agar usaha membanteras rasuah dijalankan dengan adil dan saksama serta menyeru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya membuka semula semua kertas siasatan berhubung kes rasuah peruntukan luar bandar RM1.5 bilion yang melibatkan Datuk Seri Shafie Apdal.
Kota Kinabalu: Satu perhimpunan aman menyokong Kerajaan Sabah akan diadakan di Jalan Gaya hari ini dan esok (21 dan 22 Jun), bermula jam 2 petang.

Penganjur, Gerakan Anak Muda dan Mahasiswa Anak Sabah (Gammas), mengesahkan mereka telah menghantar notis kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu pada 16 Jun lalu.

Advertisement
Walaupun terdapat bantahan daripada beberapa pihak, penganjur berkata perhimpunan itu akan diteruskan seperti yang dirancang.

Gammas menjelaskan bahawa perhimpunan ini bukan bertujuan untuk menyanggah protes anti-rasuah Suara Mahasiswa UMS, sebaliknya untuk menunjukkan bahawa majoriti pelajar UMS tidak menyokong gerakan tersebut.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Mereka berkata Kerajaan telah menjaga kebajikan pelajar dan belia Sabah melalui pelbagai bentuk bantuan, termasuk Bantuan Sentosa RM300 secara sekali-bayar kepada pelajar di Sabah, Bantuan Budi antara RM1,500 hingga RM2,000, bantuan tiket penerbangan Subfly, biasiswa berjumlah sehingga RM50 juta, bantuan komputer riba dan pelbagai sokongan lain.

Menurut kumpulan itu lagi, Kerajaan GRS-PH turut membuka ribuan peluang pekerjaan kepada belia Sabah melalui pewujudan kilang Kibing dan Nexilis di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP).

Advertisement
Perhimpunan itu juga bertujuan mempertahankan Institusi Diraja sebagai lambang perpaduan masyarakat majmuk Sabah dan bagi mengelakkan institusi itu dihina, terutamanya oleh individu yang bermotif politik jahat dan pihak dari Semenanjung Malaysia.

Gammas turut menggesa agar usaha membanteras rasuah dijalankan dengan adil dan saksama serta menyeru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya membuka semula semua kertas siasatan berhubung kes rasuah peruntukan luar bandar RM1.5 bilion yang melibatkan Datuk Seri Shafie Apdal.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here