Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Aku, Ayah dan Muzik bawa nafas baharu
Published on: Saturday, June 21, 2025
Published on: Sat, Jun 21, 2025
By: Kazalinah Kamaludin
Text Size:
Text:
Aku, Ayah dan Muzik bawa nafas baharu
KRU dan pelakon yang terlibat dalam produksi itu.
SUPERTELEFILEM Aku, Ayah dan Muzik arahan pengarah muda Sabah, Hanif Jeff, 29, tampil sebagai sebuah karya sinematik yang memberikan nafas baharu kepada arena perfileman Sabah.

Aku, Ayah dan Muzik tidak sekadar memaparkan keindahan budaya tempatan dengan sinematografi yang memukau, tetapi juga mengetengahkan jalan cerita tentang keluarga, kehilangan dan proses mencari jati diri yang menyentuh hati.

Advertisement
Mengisahkan perjalanan Noah, seorang jejaka yang mencari ayah kandungnya di bumi Sabah, Aku, Ayah dan Muzik berjaya menjentik emosi penonton menerusi gandingan mantap barisan pelakon seperti Fimie Don, Enn Xaviera, AD Vico, Jovenea Jim, Sumarli Loloi, Larry Noh D’Kanju dan ramai lagi. 

Runut bunyi telefilem ini, Bisikan Waktu, yang menggabungkan elemen moden dan bunyi-bunyian alat muzik tradisional Sabah, turut menjadi nilai tambah istimewa kepada karya ini.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here