Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
‘Beri sokongan penuh kepada GRS’
Published on: Saturday, June 21, 2025
Published on: Sat, Jun 21, 2025
By: Clarence Dol
Text Size:
Text:
‘Beri sokongan penuh kepada GRS’
MASIDI, Masiung dan yang lain pada majlis itu.
RANAU: Rakyat Sabah perlu memberi sokongan penuh kepada kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kerana hanya kepimpinan tempatan yang benar-benar memahami keperluan negeri dan rakyatnya.

Timbalan Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) merangkap Ketua Bahagian PGRS Karanaan, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata dengan pilihan raya negeri yang semakin hampir, mandat baharu perlu diberikan kepada gabungan tersebut bagi memastikan kesinambungan kemakmuran negeri.

Advertisement
Masidi menekankan pencapaian Kerajaan GRS sepanjang tiga tahun lalu walaupun berdepan pelbagai cabaran.

Katanya, semasa penularan pandemik Covid-19 pada September 2020, pelaksanaan sekatan pergerakan memberi kesan besar kepada pentadbiran, namun kerajaan tetap berjaya berfungsi dengan berkesan hampir empat tahun.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata pencapaian Kerajaan GRS dalam tempoh dua hingga tiga tahun ini adalah antara yang terbaik dalam sejarah pentadbiran Sabah.

Antara kejayaan utama termasuk peningkatan hasil kerajaan, simpanan awam yang mencecah rekod tertinggi, dan rizab negeri yang hampir tiga kali ganda berbanding pentadbiran terdahulu.

Advertisement
Masidi, yang juga Menteri Kewangan Sabah, berkata demikian ketika merasmikan Persidangan Tahunan 2025 PGRS Bahagian Kundasang, Karanaan dan Paginatan yang diadakan di Dewan Masyarakat Ranau, Khamis.

Mengenai isu infrastruktur, terutama bekalan air, Masidi juga menyentuh isu elektrik, jalan raya dan bekalan air bersih.

Advertisement
Beliau mengingatkan bahawa Sabah Electricity (SE) bukan sepenuhnya di bawah kerajaan negeri, tetapi lebih kepada agensi di bawah kerajaan persekutuan iaitu Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Berhubung masalah jalan raya, beliau berkata isu ini telah wujud sejak pentadbiran terdahulu, namun kini lebih banyak rangkaian jalan dibina dan dinaik taraf, walaupun tidak mendapat perhatian pembangkang.

Bagi isu air, beliau menjelaskan bahawa keputusan pentadbiran terdahulu untuk menamatkan kontrak pengurusan air telah menyebabkan masalah sekarang ini dan tuntutan undang-undang yang mencecah RM300 juta dalam bentuk pampasan.

Masidi turut mengumumkan pembangunan baharu, termasuk pembinaan loji rawatan air baharu di Ranau yang akan mengambil sumber air dari Sungai Nakamura, sekali gus membolehkan bekalan air stabil tanpa bergantung kepada keadaan cuaca.

Sehubungan itu, beliau menekankan pentingnya kestabilan politik dan tadbir urus profesional untuk memastikan kemajuan yang berterusan.

Persidangan berakhir dengan seruan agar parti kekal bersatu dan memberi tumpuan kepada pemilihan calon yang berwibawa menjelang pilihan raya akan datang.

Masidi menegaskan bahawa pilihan raya bukanlah pertandingan kecantikan, sebaliknya platform untuk memilih individu yang bekerja keras dan mampu memacu kemajuan.

Turut hadir, Naib Presiden PGRS Datuk Masiung Banah, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Abidin Madingkir, Ahli Parlimen Ranau Datuk Jonathan Yasin serta Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Dilantik Datuk Amisah Yassin.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here