Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Lelaki maut dihentak tayar meletup
Published on: Saturday, June 21, 2025
Published on: Sat, Jun 21, 2025
By: Marutin Ansiung
Text Size:
Text:
Lelaki maut dihentak tayar meletup
MAYAT mangsa di tempat kejadian.
KENINGAU: Seorang lelaki berumur 20 tahun meninggal dunia selepas terkena hentakan tayar yang meletup semasa dia sedang mengepam tayar itu.

Ketua Polis Daerah Keningau Superintendan Yampil anak Garai berkata, pihaknya menerima panggilan daripada seorang individu di salah sebuah kedai tayar di Jalan Durok Keningau kira-kira jam 4 petang Khamis, mengatakan seorang pekerja kedai itu ditemui tidak sedarkan diri.

Advertisement
“Mangsa dikenal pasti sebagai Arizal Etin dari Kampung Limbawan dan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan teruk di kepala,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Jelasnya, pemeriksaan tubuh mangsa dan tempat kejadian mendapati tiada unsur jenayah, dan tiada kesan lain kecuali luka pada kepalanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Yampil berkata, kejadian disaksikan oleh rakan mangsa itu dan semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) juga menunjukkan perkara sama.

Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Keningau untuk bedah siasat.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here