Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Kajian semula perundangan e-dagang dijangka siap Ogos
Published on: Sunday, June 22, 2025
Published on: Sun, Jun 22, 2025
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:
Text:
Kajian semula perundangan e-dagang dijangka siap Ogos
“Bagaimanapun, kita sedang teliti bagi mengenalpasti kaedah terbaik kerana akhirnya matlamat kita bukan kerangka perundangan ini semata-mata, tetapi mewujudkan satu mekanisme kawal selia yang kondusif," kata Armizan.
Kota Kinabalu: Keputusan kajian semakan semula perundangan e-dagang di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan dimuktamadkan menjelang hujung tahun ini.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, laporan hasil kajian dan rumusan berkaitan yang dimulakan pada April tahun lalu itu dijangka siap pada Ogos depan sebelum dibawa ke peringkat jemaah menteri.

Advertisement
Jelasnya, usaha pihaknya itu bertujuan memastikan kerangka perundangan sedia ada di bawah Akta Perdagangan Elektronik 2016, lebih kondusif dan relevan dengan keperluan semasa khususnya kepentingan pengguna.

Menurutnya, ketiadaan kawal selia secara langsung melibatkan undang-undang terutamanya terhadap pengendali atau pun penjual di platform e-dagang dikhuatiri menimbulkan banyak masalah terutamanya terhadap pengguna.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here