Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
RM7.5 juta untuk 1,809 usahawan Sabah melalui Skim Pembiayaan Usahawan Tamu
Published on: Monday, June 23, 2025
Published on: Mon, Jun 23, 2025
By: Bernama
Text Size:
Text:
RM7.5 juta untuk 1,809 usahawan Sabah melalui Skim Pembiayaan Usahawan Tamu
EWON ketika merasmikan Mini Karnival Tekun Madani Tamu Desa Inobong.
PENAMPANG: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata sebanyak RM7.5 juta disalurkan kepada 1,809 usahawan di Sabah sejak Skim Pembiayaan Usahawan Tamu (SPUT) diperkenalkan pada 2023.

Beliau berkata skim itu untuk golongan usahawan mikro khususnya penjaja dan peniaga kecil yang aktif berniaga di pasar di seluruh Sabah.

Advertisement
“Ini jelas menunjukkan komitmen Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) Nasional dalam memperkasakan ekonomi rakyat melalui sokongan pembiayaan mikro, khususnya kepada komuniti luar bandar dan usahawan kecil yang memerlukan suntikan modal untuk mengembangkan perniagaan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mini Karnival Tekun Madani Tamu Desa Inobong di sini, Ahad.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Ewon berkata sejak Tekun Nasional ditubuhkan pada 1998 hingga April 2025, Tekun telah menyalurkan pembiayaan berjumlah RM10.31 bilion kepada 598,969 usahawan.

“Hingga 30 April 2025, sebanyak RM1.18 billion disalurkan kepada 65,939 usahawan Tekun di seluruh Sabah. 

Advertisement
“Bagi kawasan Parlimen Penampang, Tekun Nasional menyalurkan sebanyak RM36 juta kepada 1,730 usahawan dalam tempoh yang sama,” katanya.

Ewom berkata sebanyak 1,663 pembiayaan berjumlah RM29.9 juta telah diluluskan di seluruh negeri Sabah bagi tempoh yang sama.

Advertisement
“Pembiayaan diberikan Tekun itu bukan sahaja membantu mengembangkan perniagaan usahawan, malah secara tidak langsung mencipta peluang pekerjaan kepada masyarakat sekitar,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here