Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Kanak-kanak autistik ditemui maut
Published on: Monday, June 23, 2025
Published on: Mon, Jun 23, 2025
By: Winnie Kasmir
Text Size:
Text:
Kanak-kanak autistik ditemui maut
Kanak-kanak  yang dikenali sebagai Mohammad Aqeef Al Tarmiezy Arman ditemui di sebuah kolam yang terletak kira-kira 100 meter dari rumahnya.
KINABATANGAN: Seorang kanak-kanak autistik berusia enam tahun yang dilaporkan hilang di Batu Putih, Menggaris ditemui meninggal dunia pada malam Sabtu.

Terdahulu kanak-kanak tersebut dilaporkan hilang selepas dipercayai bermain berhampiran tebing sungai di kawasan Batu Putih sekitar jam 2 petang pada Sabtu.

Advertisement
Operasi mencari dan menyelamat dilancarkan selepas keluarga mangsa membuat panggilan kecemasan kira-kira jam 5.14 petang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan Hairi Utoh berkata pasukan penyelamat telah segera digerakkan ke lokasi kejadian.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Kanak-kanak  yang dikenali sebagai Mohammad Aqeef Al Tarmiezy Arman ditemui di sebuah kolam yang terletak kira-kira 100 meter dari rumahnya.

“Mayatnya ditemui oleh penduduk kampung sekitar jam 8.45 malam pada hari yang sama dan telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Advertisement
Hairi berkata operasi mencari dan menyelamat ditamatkan selepas penemuan tersebut.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here