Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
RM15.4 juta naik taraf, bina baharu pasar tamu
Published on: Monday, June 23, 2025
Published on: Mon, Jun 23, 2025
By: Marutin Ansiung
Text Size:
Text:
RM15.4 juta naik taraf, bina baharu pasar tamu
ARTHUR ketika menyaksikan jualan hasil pertanian di Pasar Tamu Rancangan Belia Tiulon.
SOOK: Sebanyak RM15.4 juta diperuntukan kerajaan Pusat melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) bagi pelaksanaan projek naik taraf dan pembinaan baharu membabitkan 48 pasar tamu di seluruh negeri Sabah.

Timbalan Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan Datuk Athur Jospeh Kurup berkata kesemua pasar  tamu itu telah siap sepenuhnya dan memberi manfaat kepada penjaja di kawasan-kawasan berkaitan.

Advertisement
“Peniaga-peniaga serta penjaja sebelum ini mungkin tidak ada bangunan ataupun kemudahan kekal dan hanya berniaga ditepi jalan menggunakan meja yang dibuat daripada kayu.

 “Langkah ini merupakan sebahagian daripada inisiatif berterusan kerajaan dalam memperkasa sektor pemasaran hasil pertanian luar bandar khususnya untuk memberi kemudahan lebih selesa dan kondusif kepada para usahawan tani tempatan,” katanya ketika ditemui media selepas merasmikan pasar tamu Rancangan Belia Tiulon pada Sabtu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Arthur yang juga Ahli Parlimen Pensiangan menyatakan projek dilaksanakan secara berperingkat dengan memberi keutamaan kepada pasar tamu yang dikenal pasti memerlukan pembaikan segera atau tidak lagi sesuai digunakan.

Menurutnya projek terbabit juga dijangka mampu meningkatkan daya saing produk agro tempatan selain merancakkan lagi aktiviti ekonomi setempat.

Advertisement
Dalam perkembangan lain Arthur berkata, Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) dijangka akan diadakan di Tawau dan Sook bulan depan.

Beliau berkata acara berkenaan akan menjadi medan padanan perniagaan, demonstrasi teknologi moden serta perkongsian ilmu dalam sektor agromakanan.

Advertisement
“HPPNK akan berlangsung selama tiga hari yang dijadualkan pada 18 hingga 20 Julai.

“Program tahunan anjuran Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) itu akan bermula di Tawau sebelum ke Sook dan majlis kemuncaknya dijadual akan disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kota Kinabalu pada 1 Ogos” jelasnya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here