Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Seorang lagi Adun Sabah ditahan
Published on: Tuesday, June 24, 2025
Published on: Tue, Jun 24, 2025
Text Size:
Text:
Seorang lagi Adun Sabah ditahan
Azam memaklumkan suspek telah dilepaskan dengan jaminan RM50,000 bersama seorang penjamin selepas selesai diambil keterangan dan akan didakwa di mahkamah dalam masa terdekat.
Kota Kinabalu: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sabah yang disyaki meminta dan menerima rasuah berjumlah kira-kira RM150,000 berkaitan pengeluaran lesen perlombongan di negeri ini.

Menurut sumber, suspek yang juga seorang Pembantu Menteri hadir di pejabat SPRM Sabah pada jam 9.30 pagi Isnin untuk memberikan keterangan sebelum ditahan.

Advertisement
Suspek berusia 40-an itu merupakan Adun ketiga yang ditahan setakat ini bagi membantu siasatan kes berkaitan rasuah dalam pengeluaran lesen perlombongan di Sabah.

“Suspek dipercayai melakukan kesalahan itu antara 2023 dan 2024. Siasatan turut mendapati beliau disyaki meminta dan menerima kira-kira RM150,000 daripada seorang individu bergelar Datuk sebagai balasan bagi mempermudah urusan permohonan lesen perlombongan di negeri ini,” kata sumber berkenaan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbaharu itu.

Beliau berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Advertisement
Azam memaklumkan suspek telah dilepaskan dengan jaminan RM50,000 bersama seorang penjamin selepas selesai diambil keterangan dan akan didakwa di mahkamah dalam masa terdekat.

Terdahulu, Azam dilaporkan berkata bahawa SPRM dijangka mendakwa tiga individu yang terlibat dalam siasatan berterusan di bawah Op Adun, termasuk dua Adun dan seorang orang awam, di Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu sebelum hujung bulan ini.

Advertisement
Op Adun merupakan operasi yang dijalankan SPRM bagi menyiasat penglibatan wakil rakyat Sabah dalam pengeluaran lesen perlombongan di negeri ini.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here