Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Fergus Tierney sah sertai Sabah FC
Published on: Tuesday, June 24, 2025
Published on: Tue, Jun 24, 2025
By: Bernama
Text Size:
Text:
Fergus Tierney sah sertai Sabah FC
Kota Kinabalu: Sabah FC mengesahkan kehadiran penyerang muda Harimau Malaya, Fergus Tierney (gambar), bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2025/2026.

Pemain berusia 22 tahun itu menyertai pasukan berpangkalan di Borneo selepas menamatkan tempoh pinjaman bersama kelab Liga 2 Thailand, Nakhon Pathom United.

Advertisement
Musim lalu, Tierney berkelana secara pinjaman ke Thailand bersama kelab Chonburi dan Nakhon Pathom sebelum kembali ke pangkuan pasukan asalnya Johor Darul Ta’zim (JDT).

Tierney yang memiliki enam penampilan bersama skuad Harimau Malaya dengan satu jaringan dijangka memperkukuh barisan serangan Sang Badak musim hadapan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Kami amat gembira menyambut kehadiran Fergus ke dalam keluarga Sabah FC. Pengalaman beliau dalam bola sepak Thailand dan JDT, selain keterlibatan bersama skuad kebangsaan, menjadikan beliau aset bernilai buat pasukan,” menurut kenyataan kelab menerusi laman rasmi Facebook, Isnin. Dilahirkan di Glasgow, Scotland,

Tierney memegang pasport Malaysia selepas dibesarkan di negara ini, selain pernah beraksi sebanyak 12 kali bersama skuad Bawah 23 Tahun negara dengan tiga jaringan.

Advertisement
Sementara itu, Sabah FC turut mengumumkan senarai pemain bagi musim 2025/2026, yang menyaksikan beberapa tonggak Harimau Malaya dikekalkan termasuk penyerang Darren Lok, pemain tengah Stuart Wilkin serta dua pertahanan, Dominic Tan dan Daniel Ting.

Penjaga gol berpengalaman Khairul Fahmi Che Mat turut tersenarai.

Advertisement
Bagi kuota import, Sabah membawa masuk pemain pertahanan antarabangsa New Zealand, Dane Ingham; pemain tengah kelahiran Australia, Dean Pelekanos dan penyerang dafri Bosnia, Ajdin Mujagic. Pemain tengah dari Sepanyol, Miguel Cifuentes, pula dikekalkan.

Namun begitu, kapten musim lalu yang juga pemain pertahanan dari Korea Selatan, Park Tae-soo – mesra digelar “Karim” dalam kalangan penyokong – tidak lagi bersama pasukan untuk musim baharu ini.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here