Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
RAGBI – Piala Harapan Sandakan 2025: Sabah Osca, Flyers juara
Published on: Tuesday, June 24, 2025
Published on: Tue, Jun 24, 2025
By: Winnie Kasmir
Text Size:
Text:
RAGBI – Piala Harapan Sandakan 2025: Sabah Osca, Flyers juara
PEMAIN Sabah Osca bersama trofi dan pingat mereka.
SANDAKAN: Sabah Osca mengungguli kategori Terbuka Lelaki 10 sebelah dalam kejohanan ragbi Piala Harapan Sandakan 2025 yang berlangsung di padang Kelab Ragbi Eagles (ERC) pada Ahad, sekali gus membawa pulang gelaran juara bersama wang tunai RM5,000.

Kejohanan yang mendebarkan itu menyaksikan Titaniva R.C. muncul naib juara manakala ERC A dan SS Scorpion masing-masing di tempat ketiga dan keempat.

Advertisement
Bagi kategori Terbuka Wanita 7 sebelah, pasukan Flyers dinobatkan sebagai juara dan membawa pulang wang tunai RM1,000. Tempat kedua dimenangi oleh Kungfu Panda, diikuti Javanicus A dan Javanicus B di tempat ketiga dan keempat.

Pertandingan turut menyaksikan saingan sengit dalam kategori lain apabila ERC B menjuarai kategori Bowl selepas menewaskan Naughty Boyz RC di perlawanan akhir.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
PEMENANG kategori Wanita Terbuka 7S, Flyers.Dalam divisyen Plate pula, XCV Badbois merangkul tempat pertama, manakala Hunters RC berada di kedudukan kedua.

Sebanyak 15 pasukan dari seluruh Sabah dan Semenanjung Malaysia mengambil bahagian termasuk Hornets, Bomba Sabah, Saga Kinabatangan dan Nabawan Kalawon, menjadikan kejohanan ini sebagai pentas mempamerkan bakat dan semangat juang tinggi.

Advertisement
Majlis penutup kejohanan disempurnakan oleh Ahli Parlimen Sandakan Vivian Wong Shir Yee, yang memuji penganjuran kejohanan yang semakin mendapat tempat dan penyertaan kukuh dari pasukan tempatan serta Semenanjung.

“Kejohanan ini terus menjadi platform terbaik untuk pembangunan sukan ragbi di Sabah dan kami komited untuk menganjurkannya setiap tahun bersama rakan strategik,” katanya dalam ucapan.

Advertisement
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada penganjur, rakan penaja serta ERC kerana menjadi tuan rumah kejohanan di padang ragbi yang berprestij itu.

Turut hadir ialah Naib Presiden ERC, Dr. KH Tan, Penyelaras Parlimen Sandakan, Tang Tzu Ching serta rakan kerjasama kejohanan yang lain.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here