Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Dua didakwa edar dadah
Published on: Tuesday, June 24, 2025
Published on: Tue, Jun 24, 2025
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Dua didakwa edar dadah
Pertuduhan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 itu memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup serta sebatan minimum 15 kali, jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Dua individu termasuk seorang remaja perempuan warga Filipina didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan mengedar dadah.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada Dzulkifli Awang Damit, 49, dan remaja Filipina berusia 17 tahun itu selepas pertuduhan dibacakan kepada mereka.

Advertisement
Mereka didakwa bersama-sama mengedar 167.79 gram Methylenedioxymethamphetamine (MDMA) pada 14 Jun lalu, jam 12.30 tengah malam, di hadapan sebuah kedai runcit.

Pertuduhan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 itu memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup serta sebatan minimum 15 kali, jika sabit kesalahan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Mahkamah menetapkan 19 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia.

Kedua-dua tertuduh turut diperintahkan agar terus direman lanjut kerana pertuduhan terhadap mereka tidak membenarkan ikat jamin.

Advertisement
Dalam kes berasingan, seorang lelaki berusia 34 tahun didakwa menyerang seorang lelaki warga Pakistan.

Nelayan Md Masri Madi didakwa menyebabkan kecederaan ke atas Wakeel Khan menggunakan sebatang kayu sepanjang tiga kaki sebagai senjata pada 19 Oktober 2024, jam 3.30 pagi, di kedai runcit Azra, Kg Likas, di sini.

Advertisement
Masri mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Inspektor Yusdi Basri yang melakukan pendakwaan mencadangkan jaminan sebanyak RM5,000.

Peguam Carmen Khoo yang mewakili Masri memohon jumlah jaminan lebih rendah memandangkan anak guamnya sudah berkahwin, mempunyai empat anak dan bekerja sebagai nelayan.

Mahkamah menetapkan 19 Ogos untuk pengurusan kes sebelum perbicaraan serta membenarkan jaminan sebanyak RM1,700 dengan dua penjamin.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here