Sun, 10 May 2026
Headlines:
Bayu: Hampir RM1 juta untuk lebih 6,000 pelajar
Published on: Wednesday, June 25, 2025
Published on: Wed, Jun 25, 2025
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:
Text:
Bayu: Hampir RM1 juta untuk lebih 6,000 pelajar
ARIFFIN (depan, ketiga dari kiri) menyampaikan anugerah kepada salah seorang pelajar STPM cemerlang.
Kota Kinabalu: Kerajaan Negeri memperkenalkan satu lagi inisiatif baharu dikenali sebagai Bantuan Yuran Peperiksaan Muet (Bayu) bagi mengembangkan lagi bantuan pendidikan kepada golongan pelajar miskin dan B40 di Sabah.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI), Datuk Dr Ariffin Arif berkata, Bayu akan memberi tumpuan terhadap pembiayaan pelajar yang akan mengambil peperiksaan Malaysian University English Test (Muet).

Advertisement
Menurutnya, inisiatif itu akan membantu lebih ramai pelajar sasar yang diwajibkan mengambil Muet bagi kemasukan ke program Ijazah Pertama di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

“Kerajaan negeri menerusi KSTI akan menanggung sepenuhnya yuran peperiksaan Muet khusus untuk calon daripada kategori B40 yang bersekolah di sekolah kerajaan di Sabah.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Sebanyak RM918,750 diperuntukkan di bawah Bayu bagi pembiayaan seramai 6,125 pelajar melibatkan bayaran yuran Muet sebanyak RM150 seorang.

“Ini dapat meringankan beban pelajar terlibat dan pada masa sama memastikan mereka tidak tercicir untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi,” katanya.

Advertisement
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Anugerah Kecemerlangan Peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Muet di Menara Kinabalu, di sini, Selasa.

Ariffin, yang juga Exco Pendidikan, berkata inisiatif itu akan berkuat kuasa dalam peperiksaan Muet Sesi 3 Tahun 2025 sekali gus membantu meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar terlibat.

Advertisement
Katanya, Bayu akan disalurkan menerusi Jabatan Pendidikan Negeri Sabah manakala data pelajar yang layak akan diperincikan mengikut daerah dan kerjasama antara sekolah serta Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

“Proses ini akan dilaksanakan secara telus dan berfasa dengan pemantauan rapi dari masa ke semasa bagi memastikan tiada pelajar B40 yang tercicir daripada inisiatif ini,” katanya.

Terdahulu, seramai 146 pelajar STPM cemerlang menerima anugerah termasuk inisiatif kewangan dari kerajaan negeri yang disampaikan Ariffin di majlis yang turut dihadiri Pengarah JPNS Datuk Raisin Saidin.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here