Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Tuaran tuan rumah Mr Sabah pada 1-2 Ogos
Published on: Wednesday, June 25, 2025
Published on: Wed, Jun 25, 2025
By: GL Oh
Text Size:
Text:
Tuaran tuan rumah Mr Sabah pada 1-2 Ogos
HERMAN (tiga dari kiri) bersama Clarence (tiga dari kanan) dan ahli jawatankuasa penganjur yang lain di pejabatnya.
Kota Kinabalu: Tuaran akan menjadi tuan rumah Kejohanan Bina Badan Mr Sabah tahun ini yang akan berlangsung di Dewan Seri Sulaiman pada 1 hingga 2 Ogos.

Kejohanan ini dianjurkan oleh Persatuan Bina Badan Negeri Sabah (SBBA) dengan kerjasama Pejabat Daerah Tuaran.

Advertisement
Sebanyak 14 kategori akan dipertandingkan termasuk lapan kategori bina badan junior dan senior, dua kategori fizikal lelaki serta satu kategori model atletik wanita.

Presiden SBBA Clarence Runggi berkata tujuan kejohanan ini adalah untuk memilih atlet bina badan yang akan mewakili Sabah ke Kejohanan Bina Badan Kebangsaan yang dijadual berlangsung pada 25 hingga 29 September di Pahang.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Tambahnya, pemenang bagi setiap kategori akan menerima hadiah berupa wang tunai, pingat serta sijil dan menyeru semua pihak yang berminat supaya mendaftar awal.

Sementara itu, Pegawai Daerah Tuaran Herman Tunggiging menyambut baik pemilihan daerah itu sebagai tuan rumah kejohanan.

Advertisement
Beliau menggesa semua peminat sukan bina badan serta orang ramai, khususnya penduduk daerah Tuaran, agar hadir memberikan sokongan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here