Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Donald Mojuntin mahu tanding di Moyog
Published on: Wednesday, June 25, 2025
Published on: Wed, Jun 25, 2025
By: Jinni Juanis
Text Size:
Text:
Donald Mojuntin mahu tanding di Moyog
“Dengan kerjasama dan pelan tindakan yang digariskan oleh Presiden Upko Datuk Ewon Benedick (kanan) sebagai Ahli Parlimen Penampang, kita boleh mengangkat Moyog ke tahap yang lebih maju dan mampan," kata Donald (kiri). 
PENAMPANG: Timbalan Presiden Pertubuhan Progresif Kinabalu Bersatu (Upko) Datuk Donald Mojuntin (gambar) mengumumkan hasratnya untuk bertanding di kerusi Moyog pada Pilihan Raya Negeri Sabah (PRN17) ke-17 akan datang.

Beliau mengumumkan demikian semasa pelancaran Sambutan Kaamatan Parlimen Penampang yang diadakan di Tamu Desa Inobong, pada Ahad. 

Advertisement
Bekas wakil rakyat Moyog itu berkata bahawa beliau mempunyai lebih 30 tahun pengalaman dalam arena politik dan masih mempunyai sokongan akar umbi yang kuat.

“Saya bersedia untuk berkhidmat kepada rakyat sekali lagi dan menyumbang kepada pembangunan kawasan ini. Saya percaya Moyog mempunyai potensi yang sangat besar untuk maju.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Dengan kerjasama dan pelan tindakan yang digariskan oleh Presiden Upko Datuk Ewon Benedick sebagai Ahli Parlimen Penampang, kita boleh mengangkat Moyog ke tahap yang lebih maju dan mampan. 

“Ini bukan janji kosong, tetapi kesinambungan usaha yang telah pun kita gerakkan,” katanya dengan yakin.

Advertisement
Donald Mojuntin, 60, adalah seorang peguam dalam profesionnya. Beliau memegang jawatan sebagai Senator dari Disember 2018 hingga Disember 2021.

Beliau dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sabah untuk Moyog dari Mac 2008 hingga Mei 2013 dan Ahli Parlimen (MP) Penampang dari Mac 2004 hingga Mac 2008.

Advertisement
Mojuntin, seterusnya menegaskan di bawah kepimpinan Ewon Benedick, UPKO komited untuk mengubah Penampang menjadi hab keusahawanan yang progresif. 

Beliau percaya bahawa Moyog akan memainkan peranan penting dalam mencapai visi yang lebih besar ini dan menegaskan bahawa belia Moyog mesti menjadi tulang belakang kepada transformasi ini. 

“Jangan takut dengan perubahan. Jadilah pemimpin dalam komuniti anda dan biarlah kita membina Moyog bersama-sama,” gesanya. 

Kehadiran ratusan hadirin dan penduduk setempat pada majlis itu di sini semalam menandakan sokongan padu dan harapan tinggi terhadap kepimpinan berpengalaman dan berjiwa rakyat seperti Datuk Donald Mojuntin.

Kepimpinan tertinggi Upko percaya bahawa dengan gabungan pengalaman, keikhlasan dan semangat yang tidak berbelah bahagi, Mojuntin adalah calon yang paling layak untuk meneruskan kemajuan dan pembangunan Moyog.

Upko adalah parti komponen gabungan Pakatan Harapan (PH). Beliau telah berkhidmat sebagai Naib Presiden PH sejak Ogos 2021 dan Timbalan Presiden Upko sejak November 2019. 

Beliau adalah anak kepada bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Sabah, Datuk Peter Joinod Mojuntin yang meninggal dunia dalam nahas pesawat Air Sabah pada 6 Jun 1976.

Bapanya terkenal sebagai Anak Emas Kadazan yang berjuang menegakkan hak Kadazan di Penampang.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here