Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Gaduh: Sembilan lelaki ditahan
Published on: Wednesday, June 25, 2025
Published on: Wed, Jun 25, 2025
By: Jeremy S Zabala
Text Size:
Text:
Gaduh: Sembilan lelaki ditahan
RESTORAN itu mengalami kerosakan selepas pergaduhan.
PAPAR: Sembilan lelaki berusia antara 19 hingga 50 tahun ditahan polis susulan kejadian pergaduhan di sebuah restoran di Palm Square, Kinarut, pada Ahad.

Ketua Polis Daerah, Supt Kamaruddin Ambo Sakka berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 6 petang berhubung pergaduhan yang melibatkan seorang warga asing dan seorang lelaki tempatan.

Advertisement
Beliau berkata, siasatan awal mendapati insiden bermula apabila lelaki tempatan tersebut menegur warga asing yang juga pengusaha restoran itu dengan nada kasar sehingga mencetuskan pertengkaran.

“Pergaduhan kemudian tercetus antara mereka, sebelum rakan-rakan kedua-dua pihak yang berada di lokasi turut campur tangan sehingga keadaan menjadi tidak terkawal.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Pergaduhan dipercayai bertambah tegang apabila kedua-dua pihak bertindak menggunakan kerusi dan kayu restoran sebagai senjata dan memukul antara satu sama lain. Pergaduhan itu kemudian dileraikan oleh orang awam,” katanya.

Menurut Kamaruddin, salah faham antara kedua-dua pihak dipercayai berpunca sejak seminggu sebelum kejadian apabila pemilik restoran itu menjual besi buruk kepada lelaki tempatan berkenaan.

Advertisement
Beliau berkata, pemilik restoran itu dikatakan tidak berpuas hati selepas didakwa menerima harga yang terlalu rendah untuk besi buruk tersebut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 148 dan Seksyen 60 Kanun Keseksaan.

Advertisement
“Kami menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini supaya menghubungi Sarjan Mazlan Mali di talian 013-656 4978 atau hadir ke balai polis berdekatan,” katanya.

Suatu video berdurasi satu minit 24 saat yang memaparkan pergaduhan itu tular di media sosial pada Ahad, menunjukkan pergaduhan bermula di dalam restoran sebelum berlarutan ke jalan raya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here