Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
PKR Penampang: Moyog milik tradisi PH
Published on: Wednesday, June 25, 2025
Published on: Wed, Jun 25, 2025
By: Clarence Dol
Text Size:
Text:
PKR Penampang: Moyog milik tradisi PH
Menurut Eldridge, kepentingan gabungan perlu diutamakan berbanding kepentingan mana-mana parti atau individu.
PENAMPANG: Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Moyog yang kini disandang oleh Warisan mula menjadi rebutan antara komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang menyokong kerajaan, dengan sekurang-kurangnya tiga parti menyatakan hasrat untuk bertanding.

Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang PKR Penampang, Eldridge Laurence Timis berkata, agihan kerusi antara komponen gabungan harus ditentukan oleh kepimpinan tertinggi dan bukannya oleh individu.

Advertisement
“Kerusi DUN Moyog secara tradisi adalah milik Pakatan Harapan (PH) dan ini adalah fakta yang tidak boleh dinafikan oleh mana-mana pihak,” katanya.

Eldridge, yang juga Naib Ketua 1 AMK Sabah berkata, seperti yang termaktub dalam semangat dan prinsip PH, agihan kerusi antara komponen gabungan adalah hak mutlak Majlis Presiden PH untuk diputuskan secara muktamad.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Sehubungan itu, katanya, kenyataan Timbalan Presiden Upko, Datuk Donald Peter Mojuntin yang menyatakan hasrat untuk bertanding di Moyog dilihat mendahului proses rundingan rasmi dalam PH.

Beliau menegaskan semua pihak dalam PH wajib menghormati proses rundingan kerusi yang telah digariskan dalam dasar rasmi gabungan itu.

Advertisement
“Sebarang kenyataan atau pengumuman berkenaan agihan kerusi hanya boleh dibuat berdasarkan keputusan Majlis Presiden PH dan bukan secara unilateral oleh mana-mana individu atau parti.

“Tindakan yang melangkaui proses rasmi ini boleh mengelirukan rakyat serta mengancam keharmonian dan kekuatan gabungan,” katanya dalam satu kenyataan, Selasa.

Advertisement
Sebagai rakan sekutu dalam PH, beliau menambah, PKR sentiasa berpegang kepada prinsip ini dan akan terus menyokong mana-mana calon PH yang dipersetujui untuk bertanding di kerusi Moyog demi memastikan kemenangan gabungan tersebut.

“Kami berharap Upko juga terus menghormati semangat konsensus ini dengan memberi ruang kepada proses rundingan rasmi PH selaras dengan dasar dan garis panduan gabungan sedia ada.

“PKR tidak akan teragak-agak untuk mempertahankan hak dan kedudukan kerusi PH di Moyog berdasarkan konsensus rasmi PH yang telah diputuskan secara bersama.

“Kami juga ingin mengingatkan semua rakan gabungan bahawa sebarang kenyataan atau pengumuman berkaitan agihan kerusi mesti disalurkan melalui saluran sah PH dan bukan secara unilateral atau spekulatif,” katanya.

Menurut Eldridge, kepentingan gabungan perlu diutamakan berbanding kepentingan mana-mana parti atau individu.

“Kami berpegang teguh kepada prinsip konsensus demi kemenangan bersama!” jelasnya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here