Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
MoU Novas-Satvoc perkasa latihan teknikal dan vokasional
Published on: Wednesday, June 25, 2025
Published on: Wed, Jun 25, 2025
By: Sisca Humphrey
Text Size:
Text:
MoU Novas-Satvoc perkasa latihan teknikal dan vokasional
CLEMENT (kedua, kanan) dan Pengarah Urusan Bestmart Holding Sdn Bhd, Lee Jia Jun (kedua, kiri) semasa majlis pertukaran MoU itu.
Kota Kinabalu: Novas Academy menerusi cabang latihannya, Pusat Kemahiran Novas, memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Komuniti Teknik dan Vokasional Sabah (Satvoc) bagi memperkasa peluang latihan teknikal dan vokasional di Sabah, khususnya untuk kumpulan yang kurang mendapat perhatian.

Majlis menandatangani MoU itu diadakan di sini dan disaksikan Setiausaha Perhubungan Awam kepada Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan, Amos Thien Tze Tin.

Advertisement
Turut hadir, Pengerusi Lembaga Pengarah Sekolah Menengah (SM) Kian Kok, Datuk Clement Yeh, Datuk Ram Singh serta tetamu kehormat dari sektor pendidikan dan perniagaan.

Kerjasama antara Novas dan Satvoc memberi tumpuan kepada usaha merapatkan keperluan industri dengan bakat tempatan menerusi pembangunan kemahiran, platform pemadanan pekerjaan serta program pensijilan yang mudah diakses.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Pengarah Novas Academy, Datin Vyna Lo, mengumumkan bahawa 25 slot tajaan penuh bagi kursus Pemasaran Digital akan ditawarkan di bawah program JPK – ADI 2025.

“Inisiatif ini membekalkan kemahiran praktikal, penempatan industri serta penguasaan kemahiran digital untuk membantu peserta berjaya,” katanya.

Advertisement
Beliau turut mengulangi komitmen akademi dengan slogan: “Kemahiran Anda, Keutamaan Novas.”

Novas juga memperkenalkan platform digital sumber tenaga kerja baharu yang menghubungkan graduan secara terus dengan majikan tanpa sebarang bayaran daripada kedua-dua pihak.

Advertisement
“Inilah sistem penempatan tenaga kerja pertama di Malaysia yang menghapuskan halangan kos dalam mendapatkan pekerjaan.

“Ada ramai individu yang mungkin tidak mempunyai kelayakan akademik, tetapi memiliki sikap dan motivasi yang tepat. Platform ini memberi mereka peluang kedua,” katanya.

Menyokong inisiatif itu, Pengerusi Satvoc, Suherman Andi Tunru berkata, kerjasama ini merupakan langkah ke hadapan dalam membina ekosistem kemahiran yang lebih inklusif.

“Kami komited untuk menghubungkan komuniti kami dengan peluang pekerjaan sebenar melalui latihan berasaskan kerja yang praktikal,” katanya.

Dalam majlis sama, perjanjian kerjasama turut dimeterai antara SM Kian Kok dan rangkaian peruncitan Bestmart untuk menyediakan pendedahan awal di tempat kerja kepada pelajar.

Clement menandatangani perjanjian bagi pihak sekolah. Kerjasama ini akan membolehkan pelajar terpilih menjalani latihan praktikal di cawangan Bestmart, sekali gus membina kemahiran asas dalam bidang peruncitan dan perkhidmatan pelanggan.

“Kerjasama ini membantu meningkatkan keyakinan pelajar dan mempersiapkan mereka untuk menghadapi realiti dunia pekerjaan,” kata wakil Bestmart.

“Dengan asas latihan yang disediakan oleh Novas, proses penerimaan pelatih baharu menjadi lebih mudah dan kadar keluar masuk pekerja dapat dikurangkan.”

Kursus pemasaran digital dan platform penempatan pekerjaan ini dibuka kepada warganegara Malaysia berumur 16 tahun ke atas tanpa sebarang syarat kelayakan akademik, menyasarkan lepasan sekolah, pekerja gig dan mereka yang mencari peluang pendidikan kedua. Program ini akan dilaksanakan secara berperingkat dengan penyertaan 90 cawangan Bestmart dalam fasa perintis.

Bagi menutup majlis, Novas turut menyumbangkan 300 pas percuma kepada kanak-kanak prasekolah untuk menyaksikan Pameran Bola Keranjang 3-lawan-3 yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), sebagai sebahagian daripada usaha mereka mendekati komuniti di luar bidang pendidikan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here