Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Lelaki ceroboh kantin sekolah dipenjara
Published on: Wednesday, June 25, 2025
Published on: Wed, Jun 25, 2025
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Lelaki ceroboh kantin sekolah dipenjara
Pertuduhan di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda sehingga RM5,000, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun dijatuhi hukuman penjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret pada Selasa kerana menceroboh kantin sebuah sekolah.

Presley Oliver mengaku bersalah di hadapan Majistret Wan Farrah Farriza Wan Ghazali kerana melakukan kesalahan itu di kantin SJK(C) Lok Yuk, Manggatal, pada 18 Jun lalu, jam 8.30 malam.

Advertisement
Pertuduhan di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda sehingga RM5,000, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Akaash Singh, ketika mengemukakan fakta kes, memaklumkan mahkamah bahawa Presley dilihat berkelakuan mencurigakan oleh pengawal keselamatan sekolah sebelum ditahan dan diserahkan kepada pihak polis.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Siasatan polis mendapati Presley mengaku menceroboh kawasan kantin sekolah dengan niat untuk melakukan jenayah, tetapi gagal melakukannya. 

Majistret memerintahkan Presley menjalani hukumannya dari tarikh dia ditangkap. Sementara itu, dua lelaki dipenjara sembilan bulan setiap seorang kerana memiliki syabu.

Advertisement
Supriadi Arjo, 41, dan Roddi Mahulaha, 43, mengaku bersalah di hadapan Majistret Marilyn Kelvin atas kesalahan memiliki syabu seberat 0.08 gram dan 0.12 gram masing-masing pada 21 April dan 24 April di Putatan dan Manggatal.

Memiliki syabu mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya memperuntukkan hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Advertisement
Kedua-dua mereka diperintah menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh mereka ditangkap.

Dalam kes berasingan, seorang wanita berusia 26 tahun dikenakan denda RM1,300 atau penjara sebulan kerana memiliki peralatan perjudian haram.

Disi Johuron mengaku memiliki dua keping tiket loteri “Wah Hui” tanpa lesen dan wang tunai RM60 pada 6 Mac lalu, jam 5 petang, di hadapan sebuah restoran di Taman Kepayan Ridge, di sini.

Dia didakwa di bawah Seksyen 9(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang memperuntukkan denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Mahkamah turut memerintahkan wang yang dirampas itu dilucut hak kepada kerajaan. Inspektor Yusdi Basri mengendalikan pendakwaan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here