Advertisement
Seorang pemandu yang tinggal di Ujana Kingfisher, sebaliknya, mengadu mengenai cecair jernih yang meresap dari bawah Jalan Bangka-Bangka hingga menyebabkan permukaan jalan sering lembap.
SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Advertisement
Advertisement
Katanya, lori tangki agensi itu juga telah beberapa kali datang ke kawasan berkenaan untuk menyedut sisa dari sistem pembetungan.
“Tindakan ini dapat mengurangkan gangguan akibat limpahan kumbahan ke kawasan awam dan yang lebih penting, membolehkan penduduk di sini menggunakan tandas mereka seperti biasa.”
Apabila ditanya tentang berapa kerap sistem pembetungan di kejiranan itu diselenggara, jurucakap itu berkata ia dilakukan mengikut jadual tetap.
“Juruteknik kami sepatutnya melakukan pemeriksaan mingguan. Memandangkan terdapat banyak kawasan perumahan di bawah bidang kuasa kami, bagaimanapun, kadangkala sukar untuk memastikan rutin ini dilaksanakan sepenuhnya.”
Mengenai Ujana Kingfisher, jurucakap itu berkata juruteknik Jabatan telah mengesahkan kewujudan cecair jernih yang bertakung di Jalan Bangka-Bangka.
“Bagaimanapun, mereka tidak menemui sebarang struktur berkaitan pembetungan, termasuklah lurang atau paip di jalan berkenaan,” katanya.
“Atas sebab itu, kami sangat yakin cecair ini bukan air kumbahan.”
Menurutnya lagi, JPP difahamkan cecair itu kadang-kadang dapat diihat di permukaan jalan itu sejak November lalu.
Apa yang berlaku dekat Ujana Kingfisher itu sebelum ini telah dirujuk kepada Jabatan Air yang menolak kemungkinan bahawa cecair itu merupakan air terawat.
Jurucakap agensi berkenaan berkata satu pasukan dari Bahagian Kualiti telah menjalankan ujian terhadap sampel cecair itu.
“Satu larutan kimia ditambah ke dalam sampel tersebut, namun tiada perubahan warna berlaku seperti yang sepatutnya jika terdapat klorin,” katanya.
“Oleh itu, cecair itu bukan air terawat. Kami mengesyaki ia mungkin air graviti yang mengalir turun dari cerun berdekatan atau mungkin juga efluen.”






