Sun, 14 Jun 2026
Headlines:
36 warga Bangladesh ditahan terbabit gerakan militan bawa fahaman IS
Published on: Friday, June 27, 2025
Published on: Fri, Jun 27, 2025
By: FMT Reporters
Text Size:
Text:
36 warga Bangladesh ditahan terbabit gerakan militan bawa fahaman IS
Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata kumpulan itu menubuhkan sel rekrut untuk mengindoktrinasi fahaman radikal, kumpul dana bagi aktiviti keganasan dan menjatuhkan kerajaan Bangladesh.
PETALING JAYA: Polis menahan 36 warga Bangladesh terbabit gerakan militan radikal yang membawa masuk fahaman pelampau berasaskan ideologi IS ke Malaysia.

Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail berkata, hasil risikan dan tindakan bersepadu Cawangan Khas mendapati kumpulan itu menubuhkan sel pengrekrutan dalam kalangan komuniti mereka untuk mengindoktrinasi fahaman radikal.

Advertisement
Menurutnya, kumpulan itu turut mengumpul dana untuk aktiviti keganasan dan berhasrat menjatuhkan kerajaan sah di Bangladesh.

Susulan itu, beliau berkata, polis melancarkan operasi mulai Selasa lalu melalui tiga fasa tangkapan di sekitar Selangor dan Johor.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Dalam operasi tersebut, lima daripadanya dikenal pasti terlibat di bawah Bab VIA Kanun Keseksaan dan telah didakwa di Mahkamah Seksyen Shah Alam dan Johor Bahru,” katanya dalam kenyataan.

Saifuddin berkata, 15 lagi diusir dan baki 16 masih dalam siasatan lanjut berhubung pembabitan mereka dalam gerakan militan itu.

Advertisement
Tegasnya, Malaysia tidak akan menjadi tempat berlindung dan medan anasir subversif untuk mana-mana gerakan ekstremis asing.

“Tindakan yang diambil ini membuktikan kerajaan amat serius dan tidak akan bertolak ansur terhadap mana-mana elemen boleh mengancam keselamatan negara.

Advertisement
“Kejayaan ini juga membuktikan kecekapan dan profesionalisme pasukan keselamatan negara khususnya polis dalam memelihara kedaulatan, keharmonian dan ketenteraman awam.”

Beliau mengulangi jaminan Kementerian Dalam Negeri akan terus memperkukuh keupayaan risikan dan menggandakan penguatkuasaan serta bekerjasama dengan agensi keselamatan dalam dan luar negara untuk memastikan Malaysia kekal aman, stabil serta bebas ancaman keganasan.

“Sebarang cubaan menjadikan Malaysia pangkalan operasi militan atau pusat transit gerakan ekstremis akan ditangani dengan tindakan tegas, pantas dan berkesan.”
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here