Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Hijrah tuntut ummah bersatu, berani berubah
Published on: Saturday, June 28, 2025
Published on: Sat, Jun 28, 2025
Text Size:
Text:
Hijrah tuntut ummah bersatu, berani berubah
HAJIJI mengiringi Musa menyampaikan Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1447H/2025M kategori lelaki kepada Datuk Amir Kahar Mustapha pada majlis itu.
Kota Kinabalu: Umat Islam diseru agar menjadikan semangat hijrah sebagai asas memperkukuh perpaduan dan keazaman untuk menghadapi cabaran baharu yang semakin kompleks dalam dunia serba mencabar hari ini, khususnya ancaman ketidakstabilan global dan kemelut geopolitik antarabangsa.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, kemelut yang sedang melanda beberapa wilayah di Timur Tengah termasuk Gaza, Iran, Lubnan dan Syria bukan sekadar isu serantau, tetapi memberi kesan besar terhadap kestabilan politik antarabangsa dan kesejahteraan ummah sejagat.

Advertisement
“Peperangan berterusan dan serangan tentera Zionis Israel ke atas wilayah Islam bukan saja melanggar undang-undang antarabangsa, malah mencabuli hak asasi manusia secara terang-terangan.

“Ini bukan isu kecil. Ia mampu mengubah sejarah dan geopolitik dunia,” katanya pada Majlis Perhimpunan Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Sabah 1447H/2025M di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), pada Jumaat.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Yang di-Pertua Negeri, Tun Dr Musa Aman dan isteri, Toh Puan Faridah Tussin berkenan menghadiri majlis sambutan itu.

Hajiji berkata, umat Islam tidak boleh berpeluk tubuh dalam menghadapi cabaran baharu seperti ancaman Islamofobia, krisis kemanusiaan serta tekanan ekonomi dunia yang semakin memburuk akibat agenda ‘Order Baharu Dunia’ yang didorong kuasa besar barat.

Advertisement
“Kita sedang berhadapan dengan cabaran terhadap tamadun ummah yang menuntut kesatuan, keimanan yang jitu, kekuatan dalaman dan iltizam kolektif. Kita tidak boleh lemah, berpecah atau hanya memandang dari jauh,” tegasnya.

Beliau berkata, semangat hijrah yang dibawa Rasulullah SAW perlu dijadikan pedoman dalam membina masyarakat Madani – masyarakat yang berteraskan keimanan, ilmu, akhlak, keadilan dan kemanusiaan.

Advertisement
Menurutnya, membangun Ummah Madani tidak akan berjaya tanpa perubahan sikap dan kesanggupan melakukan penghijrahan nilai – daripada lemah kepada kuat, daripada mundur kepada maju, daripada berpecah kepada bersatu.

“Hijrah itu perjuangan. Dan setiap perjuangan perlu ada pengorbanan. Sama ada dari sudut sikap, masa, tenaga, wang ringgit atau prinsip. Inilah semangat yang harus dihayati dalam menelusuri tahun baharu Hijrah 1447 ini,” katanya.

Hajiji turut menyeru seluruh rakyat agar berhijrah menguasai ilmu dan teknologi, membudayakan inovasi serta memperkukuh perpaduan dan amal kebajikan demi kesejahteraan ummah secara menyeluruh.

Beliau juga mengajak rakyat memperteguh tekad dan azam tahun baharu Hijrah dengan menjadikan perubahan sebagai satu budaya yang mendasari kejayaan diri, keluarga, masyarakat dan negeri.

“Sambutan Maal Hijrah bukan sekadar memperingati sejarah, tetapi harus menjadi pemangkin perubahan dan pembaharuan menuju kecemerlangan. Bersama kita hayati semangat hijrah dan jayakan pembangunan ummah secara inklusif dan menyeluruh,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here