Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Warga emas melecur tangan di Tuaran
Published on: Saturday, June 28, 2025
Published on: Sat, Jun 28, 2025
By: R Gonzales
Text Size:
Text:
Warga emas melecur tangan di Tuaran
KEADAAN kebakaran tersebut.
Tuaran: Seorang warga emas berusia 61 tahun melecur pada tangan dalam kebakaran tiga rumah di Kampung Tagas di sini, petang Khamis.

Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Tuaran, Norkizan  Durudin @ Nurudin berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 4.46 petang.

Advertisement
Katanya, seramai sepuluh anggota dikerah ke lokasi kejadian beserta satu jentera dan satu kenderan utiliti Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

“Sebaik tiba di lokasi, pasukan bomba mendapati terdapat tiga rumah terbakar, dengan dua rumah musnah 100 peratus manakala sebuah lagi musnah 80 peratus.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Seorang lelaki warga emas turut dilaporkan cedera akibat melecur pada bahagian tangan kiri dan diberikan rawatan,” katanya.

Mohammad Nor berkata, mangsa kemudian dihantar ke Hospital Tuaran untuk rawatan lanjut.

Advertisement
“Pasukan bomba bertindak memadam api menggunakan dua hos dengan satu aliran air sehingga api terkawal pada jam 5.35 petang.

“Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 6.35 petang manakala punca kejadian serta anggaran kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Advertisement
Sementara itu, satu lagi kes kebakaran membabitkan sebuah rumah jenis tidak kekal dilaporkan berlaku di Kampung Busung Kindu, Tuaran pada hari sama.

Tiada mangsa dilaporkan cedera pada kejadian kebakaran kira-kira jam 5.30 pagi itu dan punca kejadian masih dalam siasatan.

Difahamkan, seramai sembilan anggota BBP Daerah Tuaran terlibat operasi memadam kebakaran dengan sebuah jentera, sebelum api dipadamkan sepenuhnya pada jam 6.08 pagi.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here