Fri, 1 May 2026
Headlines:
Advertisement
Sumbangan van jenazah manfaatkan 20,000 di Kukusan
Published on: Saturday, June 28, 2025
Published on: Sat, Jun 28, 2025
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
Sumbangan van jenazah manfaatkan 20,000 di Kukusan
RINA menyerahkan replika kunci sebagai simbolik penyerahan van itu.
TAWAU: Penyerahan sumbangan van jenazah pertama DUN Kukusan kepada Masjid Nurul Taqwa, Kg Jawa Lanut di sini, dijangka memanfaatkan sekitar 20,000 penduduk Mukim Sentosa.

Sumbangan itu merupakan hasil inisiatif pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kukusan yang mendapat peruntukan daripada Kerajaan Negeri sebanyak RM128,000 untuk membiayai pembelian kenderaan terbabit.

Advertisement
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kukusan, Datuk Rina Jainal berkata, pihaknya amat menghargai keprihatinan kerajaan yang memberikan kelulusan peruntukan membeli van jenazah buat pertama kalinya di kawasan beliau.

“Bagi saya ini adalah salah satu hala tuju pembangunan modal insan Sabah Maju Jaya (SMJ) yang sangat berkesan dan dapat menyantuni rakyat secara langsung,” katanya kepada media selepas penyerahan van itu di masjid tersebut, pada Khamis. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Menurutnya, hasil perkembangan itu, pihaknya turut menerima permohonan daripada masjid dan surau lain di kawasannya, misalnya di Kg Airport Lama yang dijangka dapat memberikan kemudahan kepada penduduk Mukim Banyan Drive dan Padang Terbang.

Beliau melihat keperluan penyediaan kemudahan tersebut memandangkan kedudukan Kukusan sendiri yang agak padat dan berada di tepi bandar, malah mungkin keperluannya melebihi kawasan Kukusan.

Advertisement
Mengulas isu keperluan mendesak tanah perkuburan Islam di Kukusan, Rina berkata cadangan dua tapak masing-masing di Merotai dan Jalan Baradaya kini sedang dalam perancangan memandangkan tanah perkuburan sedia ada di Jalan Utara hampir penuh.

Manakala, sebahagian besar tanah di Kukusan pula sudahpun dikenal pasti bernilai komersil dan lebih sesuai untuk penempatan dan pembangunan demi menyokong peningkatan sosial masyarakat yang semakin bertambah.

Advertisement
“Saya berharap Kerajaan Negeri serta pihak berwajib seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dapat membantu dari segi peruntukkan dan pelaksanaan dua tapak tanah perkuburan baharu itu,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here