Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Sabah sasar jadi pengeluar terbesar ayam pedaging
Published on: Saturday, June 28, 2025
Published on: Sat, Jun 28, 2025
By: Garry Lewis
Text Size:
Text:
Sabah sasar jadi pengeluar terbesar ayam pedaging
JEFFREY (kedua, kiri) dan yang lain pada acara itu.
TAMBUNAN: Penternakan ayam pedaging kini diangkat sebagai teras utama dalam Revolusi Pertanian Negeri Sabah, selaras dengan usaha memastikan keterjaminan makanan dan meningkatkan pendapatan rakyat, khususnya di kawasan luar bandar.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan, berkata inisiatif ini merupakan antara strategi utama kerajaan negeri untuk menjadikan Sabah sebagai pengeluar ayam pedaging terbesar di Malaysia.

Advertisement
“Kerajaan melalui kementerian saya kini dalam proses melaksanakan inisiatif Revolusi Pertanian bagi memperkukuh ekonomi luar bandar. 

“Salah satu fokus utama ialah meningkatkan pengeluaran ayam pedaging. Justeru, hari ini kita mengadakan kursus penternakan dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) dan sektor swasta bagi memberikan latihan kepada peserta agar pengeluaran ayam lebih sistematik, produktif serta mendapat bantuan teknikal termasuk penyediaan kandang dan anak ayam,” katanya selepas merasmikan Kursus Penternakan Ayam Pedaging di sini.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Kursus itu dihadiri hampir 200 peserta dari kawasan pedalaman dan dianjurkan oleh syarikat penternakan swasta dengan kerjasama JPV Sabah.

Menurut Jeffrey, penglibatan golongan belia dan usahawan tani dalam bidang ini sangat digalakkan bagi memastikan sektor penternakan ayam pedaging dapat dikembangkan secara intensif dan berskala komersial.

Advertisement
“Dengan sokongan berterusan daripada agensi berkaitan, saya yakin penternakan ayam pedaging mampu menjadi pemacu utama kepada keselamatan makanan Sabah, seterusnya menyumbang kepada pembangunan ekonomi luar bandar negeri ini.”

Tambahnya, kerajaan negeri terus komited untuk memperkukuh sektor pertanian melalui pelbagai bantuan dan program latihan, agar Sabah dapat mencapai sasaran sebagai hab utama pengeluaran ayam pedaging negara pada masa akan datang.

Advertisement
Pada majlis sama, Jeffrey turut menyampaikan dana berjumlah RM10,000 kepada Kontinjen Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Tambunan, yang bakal menjadi tuan rumah Kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah (MSSS) peringkat negeri pada 29 Jun ini.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here