Sun, 14 Jun 2026
Headlines:
Kempori Sandakan himpun 355 pengakap, Pusat Pembelajaran Komuniti Indo
Published on: Saturday, June 28, 2025
Published on: Sat, Jun 28, 2025
By: Mardinah Jikur
Text Size:
Text:
Kempori Sandakan himpun 355 pengakap, Pusat Pembelajaran Komuniti Indo
PENGAKAP dan hadirin kempori itu.
SANDAKAN: Seramai 355 ahli pengakap, termasuk 114 pemimpin pengakap dari 17 sekolah sekitar daerah ini, menyertai Kempori Pengakap Daerah Sandakan di Pusat Latihan Pengakap, Gilwell Scouts Nature Park, di sini, baru-baru ini.

Beberapa ahli pengakap dari Kinabatangan dan Tungku, Lahad Datu turut serta dalam perkhemahan yang dianjurkan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Sandakan.

Advertisement
Kehadiran ahli Pramuka Indonesia dari enam Pusat Pembelajaran Komuniti (CLC)  di sini menambahkan lagi keunikan kempori kali ini. Sepanjang kempori itu, pasukan Pengakap Kelana Sandakan turut mengajar pelbagai kemahiran pengakap seperti mencipta penapis air, membakar roti lilit, balutan anduh, memasang pondok sementara, membuat unggun api, menggunakan kompas dan memanah. 

Salah seorang peserta dari SJKC Chi Hwa, Aldrich Lam Zhen Jet, berkata perkhemahan kali ini memberi ilmu baharu selain mendapat kenalan baharu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Pertandingan malam kebudayaan turut diadakan dengan pelbagai tarian tradisional oleh peserta dengan busana tradisional masing-masing.

Tarian rampaian Indonesia yang dipersembahkan oleh CLC Prolific dinobat sebagai juara kategori sekolah menengah, sementara SJKC Chi Hwa pula menjuarai kategori sekolah rendah dengan persembahan tarian kipas.

Advertisement
Pengisian hari ketiga kempori membawa tema Kesejahteraan Hidupan Liar, dengan pameran Jabatan Hidupan Liar Sabah, pameran Wildlife Junior Rangers dan ceramah konflik antara manusia dan hidupan liar. Pertandingan melukis poster hidupan liar menyaksikan Nur Aniesyah Danieyah Herman dari SM St Michael Sandakan memenangi acara itu.

“Pemilihan tema ini sangat tepat dengan keadaan semasa yang menunjukkan peningkatan konflik antara manusia dengan hidupan liar,” jelas Komandan Kempori, Mohd Razali Kamlon.

Advertisement
Kempori selama tiga hari itu berakhir dengan majlis penutupan yang disempurnakan oleh Pesuruhjaya Kawasan Zon 1 Sandakan, Ts Mohd Sofiee Basrih.

Hadir sama, Pesuruhjaya Pengakap Daerah Sandakan,Skipper Hanafie Hamadon, Koordinator Penghubung CLC Wilayah Sandakan, Bapak Mi’raj dan Pesuruhjaya Daerah Karamunting, Skipper Shanti Periki. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here