Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Jangan terperdaya dengan cerita tidak sahih: Ketua Menteri
Published on: Monday, June 30, 2025
Published on: Mon, Jun 30, 2025
Text Size:
Text:
Jangan terperdaya dengan cerita tidak sahih: Ketua Menteri
HAJIJI memalu gong tujuh kali bagi merasmikan Festival Budaya Lotud.
Tuaran: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menggesa rakyat agar tidak mudah terpengaruh dengan cerita-cerita yang tidak sahih yang tersebar di media sosial. 

Beliau berkata menjelang pilihan raya, pelbagai berita palsu telah disebarkan melalui platform media sosial. 

Advertisement
“Jangan buat pilihan yang salah. Kerajaan Negeri yang ada sekarang telah mencapai pelbagai kejayaan, sama ada dalam membangunkan Sabah melalui perancangan strategik, bidang pendidikan, pelancongan dan kerjasama dengan Petronas bagi meningkatkan hasil negeri. 

“Pilihan raya kali ini adalah cabaran besar dan ianya peluang keemasan untuk rakyat memilih sebuah kerajaan yang bukan sahaja peka terhadap keperluan rakyat tetapi juga berasaskan aspirasi tempatan,” katanya. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Berucap pada Majlis Penutupan Festival Budaya Lotud BBKWDDP di Dewan Hone, IPGM Kent di sini pada Ahad, Ketua Menteri berkata hanya semasa pentadbiran beliau banyak bantuan telah disalurkan oleh Kerajaan Negeri untuk pelajar Sabah. 

Beliau berkata sebelum ini tidak pernah ada bantuan disalurkan kepada pelajar Sabah yang belajar di Semenanjung Malaysia mahupun bantuan untuk pelajar dalam negeri pulang ke kampung halaman semasa perayaan utama. 

Advertisement
“Kita mahu membantu meringankan beban pelajar kita hari ini,” katanya. 

Hajiji berkata pelaburan juga telah masuk ke Sabah, sehingga Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sabah (Sogip) di Sipitang kini telah penuh. 

Advertisement
Yang terbaru, katanya, sebuah syarikat dari Singapura membawa masuk pelaburan berjumlah lebih RM19.5 bilion dalam tiga fasa, dengan fasa pertama sahaja memerlukan kira-kira 8,000 peluang pekerjaan. 

“Inilah aspirasi kita, untuk mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat Sabah,” katanya. 

Ketua Menteri turut memuji inisiatif penganjur Festival Budaya Lotud BBKWDDP yang membantu memelihara budaya dan tradisi masyarakat suku Lotud. 

“Kerajaan Negeri menyokong penuh inisiatif seperti ini yang memperkukuh nilai budaya dan memperkasakan belia melalui aktiviti seni warisan,” katanya. 

Hajiji turut mengulangi harapan beliau agar kaum Dusun Lotud menjadi kaum yang progresif dan setanding dengan komuniti lain di negeri ini. 

Pesta Budaya Lotud BBKWDDP itu membabitkan tujuh kampung iaitu: Batangan, Barus, Korompitut, Wokok, Dungang 1, Dungang 2, dan Pendamai. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here