Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Olahraga - Kejohanan Para Kebangsaan: Sabah pertahan gelaran
Published on: Monday, June 30, 2025
Published on: Mon, Jun 30, 2025
By: GL Oh
Text Size:
Text:
Olahraga - Kejohanan Para Kebangsaan: Sabah pertahan gelaran
ATLET para negeri sekali lagi dinobatkan sebagai juara.
Kota Kinabalu: Sabah berjaya mempertahankan gelaran juara keseluruhan pada Kejohanan Olahraga Para Allianz-MSN-POPM Kebangsaan 2025 yang berlangsung di Stadium Darul Makmur di Kuantan, Pahang.

Kontinjen negeri yang diwakili 18 atlet membawa pulang sejumlah 28 emas, empat perak dan satu gangsa pada Ahad untuk mengungguli pungutan pingat.

Advertisement
Sarawak menduduki tempat kedua dengan 23 emas, 10 perak dan empat gangsa diikuti Selangor dengan 20 emas, 23 perak dan 11 gangsa.

Pemenang pingat emas ialah Elissieball Jonal (T20 lompat jauh -4.74m & 400m - 65.96s); Shazaidie Shah Maryadi (T38- 100m-13.53s & 200 meter- 27.68s); Ivan Jovic Suan (T44 100m-12.01s & 200m- 24.58s); Mukhriz Ameer Izuddin (T47 100m-11.34s & 200m- 22.84s );  Victor Ben Saleh (lontar peluru F20 - 12.92m); Charmian Sikajat (lontar peluru F20 - 11.49m); Heronlee Wong (lempar cakera F37 -35.47m & acara rejam lembing - 32.47m); Shamli Waidi (lempar cakera F36 - 28.84m & lontar peluru- 9.48m ); Doriah Poulus (F44 lontar peluru- 8.49m & lembing-23.81m); Adderian Majurin (F33 lontar peluru -6.35m & lembing- 11.41m); Mohd Hanif Burhanuddin (lempar cakera F44 -28.44m & lontar peluru - 9.88m); Adeleein Martin (lempar cakera F43 - 28.86m & lembing- 34.99m); Jericho Hendryld Harry (F46- lembing 30.52m); Didin Teresoh (F41- lembing - 19.27m); Fredechi Asri (F40 lembing - 13.78m & lontar peluru - 4.16m); Bartholomew Marius (lempar cakera F33 -14.62m); Elvis John (F57-lempar cakera- 31.26m & lembing-28.16m).

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Pingat perak diperoleh Jericho Hendryld Harry (T46 lompat jauh -2.82m); Didin Teresoh (F41 lempar cakera- 21.96m); Bartholomeow Marius (F33 lontar peluru- 5.97m) dan Adderian Majurin (F33 lembing-11.41m) manakala satu-satunya gangsa dihantar oleh Jacklon Gandang (T37 100m- 14.16s).

Pada kejohanan julung kali diadakan di Stadium Mini Bukit Jalil tahun lalu, Sabah merangkul juara keseluruhan dengan 43 emas, 14 perak dan enam gangsa.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here