Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Wanita asing disyaki pengedar dadah ditahan
Published on: Monday, June 30, 2025
Published on: Mon, Jun 30, 2025
By: Amir Anuar
Text Size:
Text:
Wanita asing disyaki pengedar dadah ditahan
ACP Jasmin berkata suspek berumur 38 tahun itu dipercayai bergiat aktif di sekitar pulau terbabit terutamanya di Kampung Bergosong.
TAWAU: Polis menahan seorang wanita warga asing yang disyaki pengedar dadah dalam serbuan di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Sungai Melayu Pulau Sebatik pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Jasmin Hussin berkata suspek berumur 38 tahun itu dipercayai bergiat aktif di sekitar pulau terbabit terutamanya di Kampung Bergosong.

Advertisement
“Hasil serbuan ini kita merampas 18 paket berlainan saiz berisi ketulan hablur jernih yang disyaki dadah jenis syabu seberat kira-kira 6.18 gram,” katanya di sini pada Jumaat.

Berikutan itu suspek dan barang kes dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15 (1) (a) Akta yang sama.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Sementara itu, dalam tangkapan berasingan, Jasmin berkata polis turut menahan seorang pemuda tempatan berumur 23 tahun untuk disiasat berhubung kes penipuan jual beli barang atas talian.

“Hasil semakan menerusi Mobile Check Aadhaar Device (MCAD) Polis Diraja Malaysia (PDRM), suspek dipercayai terlibat dalam kes penipuan yang dilaporkan di Kuala Penyu,” katanya.

Advertisement
Beliau berkata kes itu dilaporkan pada 2023 oleh seorang mangsa yang mengalami kerugian RM13,000 dalam urusan jual beli komputer riba dan tablet menerusi aplikasi media sosial.

Menurutnya mangsa membuat enam kali transaksi pembayaran untuk membeli gajet-gajet terbabit sebelum menyedari dirinya ditipu dan tampil membuat laporan polis.

Advertisement
“Suspek ditahan sepasukan polis dari Balai Polis Bandar Sri Indah sebelum diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah Tawau untuk siasatan lanjut,” katanya.

Mengulas lanjut orang ramai diingatkan berhati-hati dalam urusan jual beli atas talian dan sentiasa membuat semakan terlebih dahulu untuk mengelak daripada ditipu.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here