Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Bangunan baharu untuk Hospital Duchess of Kent dalam 5 tahun
Published on: Monday, June 30, 2025
Published on: Mon, Jun 30, 2025
By: Winnie Kasmir
Text Size:
Text:
Bangunan baharu untuk Hospital Duchess of Kent dalam 5 tahun
JAMES (keempat,dari kanan) menyerahkan sumbangan mesin hemodialisis kepada pengarah HDOK, Dr. Fahmi.
SANDAKAN: Daerah ini bakal memiliki bangunan hospital baharu yang lebih besar dalam tempoh lima tahun sebagai usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan di sini.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk James Ratib berkata kerja-kerja awal bagi projek pembesaran bangunan baharu Hospital Duchess of Kent (HDOK) kini sedang dilaksanakan dengan peruntukan awal sebanyak RM400,000.

Advertisement
“Kita ada perancangan untuk pembinaan pembesaran bangunan baru di Hospital Duchess of Kent Sandakan. 

“Sekarang kira-kira RM400,000 diperuntukkan untuk kerja-kerja awalan dan cadangan ini sudah pun dibawa ke dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) untuk pembinaan hospital dengan kapasiti sekitar 590 katil,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan 12 mesin hemodialisis kepada hospital-hospital zon kluster Sandakan di HDOK, di sini, Ahad. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Menurutnya, hospital baharu itu dijangka memberi manfaat besar kepada penduduk di kawasan pantai timur Sabah, khususnya di Sandakan, yang semakin berkembang dari segi jumlah penduduk dan keperluan perkhidmatan kesihatan.

Dalam perkembangan berkaitan, James berkata kerajaan negeri sedang melaksanakan usaha menaik taraf klinik-klinik kesihatan binaan jenis kayu secara berperingkat di seluruh Sabah.

Advertisement
“Kita mahu semua klinik kesihatan di Sabah dibina menggunakan struktur konkrit. Fasiliti asas seperti tandas dan bekalan air bersih juga akan diperbaiki agar perkhidmatan kesihatan yang disediakan lebih selesa dan berkualiti,” katanya.

Tegasnya, matlamat kerajaan negeri adalah untuk mencapai sifar klinik kayu dalam tempoh terdekat demi memastikan rakyat Sabah mendapat akses kepada perkhidmatan kesihatan yang selamat dan moden.

Advertisement
Mengenai penyerahan mesin hemodialisis sumbangan Kerajaan Negeri itu, katanya, HDOK akan menerima enam mesin hemodialisis, empat untuk Hospital Kinabatangan dan dua untuk Hospital Beluran. 

Dalam pada itu, James juga berkata pesakit yang menerima menjalani hemodialisis juga kini akan dikecualikan bayaran perkhidmatan. 

“Jika sebelum ini, pesakit perlu membayar RM13 bagi setiap kali rawatan. Namun sejajar dengan slogan Sabah Maju Jaya ini, pesakit kini boleh menikmati rawatan hemodialisis secara percuma,” katanya. 

Justeru, beliau berharap dengan pertambahan mesin hemodialisis ini, ianya mampu menampung keperluan pesakit buah pinggang di hospital-hospital zon kluster Sandakan. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here