Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Peranan penting media sampaikan maklumat: Ketua Menteri
Published on: Tuesday, July 01, 2025
Published on: Tue, Jul 01, 2025
Text Size:
Text:
Peranan penting media sampaikan maklumat: Ketua Menteri
Mariah, Joniston bersama para pemenang Kinabalu Press Awards 2025.
Kota Kinabalu: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mahu pengamal media menjalankan tugas dengan penuh integriti, berlandaskan prinsip kewartawanan yang profesional dan bertanggungjawab.

Beliau berkata kejayaan dan infomasi pelaksanaan dasar-dasar kerajaan ini turut bergantung kepada peranan penting media dalam menyampaikan maklumat secara jelas dan berkesan kepada rakyat.

Advertisement
Dalam konteks pembangunan negeri katanya, kerajaan terus komited dalam melaksanakan pelbagai inisiatif yang memanfaatkan rakyat dan mempercepatkan kemajuan Sabah menerusi Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya.

“Sebagai pihak yang mempunyai jalinan kerjasama serta hubungan erat dengan pihak kerajaan, media turut berfungsi dalam menyampaikan maklumat berkaitan dasar-dasar pembangunan kerajaan negeri khususnya di bawah Pelan Pembangunan Hala Tuju SMJ.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Justeru, saya berharap kerjasama strategik ini terus dipertingkatkan dan hubungan baik antara kita semua diperkukuhkan untuk membantu kerajaan menyebarluaskan maklumat penting kepada rakyat berkaitan agenda pembangunan dan hala tuju kerajaan negeri.

“Laporan media juga membantu kerajaan mengetahui apa yang berlaku di peringkat akar umbi serta rintihan rakyat. 

Advertisement
“Sudah tentu, kerajaan sentiasa mengalu-alukan laporan dan liputan seperti ini daripada pengamal media - sebagai jambatan penghubung antara kerajaan dan rakyat,” katanya sempena Majlis Kinabalu Press Awards (KPA) 2025 di Grand Ballroom Magellan Sutera, di sini pada Ahad.

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Joniston Bangkuai.

Advertisement
Beliau turut berharap agar media sentiasa memainkan peranan penting sebagai penyedia maklumat yang dipercayai, penyampai berita yang sahih dan juga platform untuk memperoleh info yang lebih cepat dan tepat kepada masyarakat.

Katanya, Kinabalu Press Awards yang dianjurkan Persatuan Wartawan Sabah dengan kerjasama kerajaan negeri dan penaja lain adalah untuk mengiktiraf dan menghargai komitmen serta keupayaan para pengamal media di negeri ini.

“Majlis ini juga mampu menjadi platform terbaik bagi mendorong para pengamal media untuk lebih bersemangat, fokus dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugasan yang lebih telus serta beretika,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan tidak pernah mengabaikan peranan penting media dalam masyarakat dengan memberikan sokongan berterusan kepada program seperti Majlis KPA ini melalui sumbangan dari segi tajaan kewangan.

“Kerajaan negeri amat menghargai dan memahami keperluan ini, malah bantuan tajaan juga meningkat setiap tahun.

“Saya juga mengucapkan tahniah kepada semua pemenang, teruskan usaha cemerlang dan jadikan kejayaan ini sebagai pemangkin untuk terus menyumbang kepada pembangunan negeri dan kesejahteraan rakyat melalui laporan berita yang berwibawa dan beretika,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here